Top Ad 728x90

Airasia Health dilancar

 


Aplikasi milik AirAsia Group Berhad (AirAsia), airasia.com melancarkan platform digital pertama di ASEAN untuk perkhidmatan perubatan secara menyeluruh, Airasia Health.

Platform tersebut akan berfungsi sebagai hab digital untuk rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan pelbagai penyedia perkhidmatan kesihatan seperti Alpha IVF & Women’s Specialists, Beverly Wilshire Medical Centre, Sunway Medical Centre dan Genesis IVF & Women’s Specialist Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata, Airasia Health menyedari penjagaan kesihatan adalah satu aspek penting dalam kehidupan dan mereka mahu memudahkan urusan tersebut.

“Daripada rundingan awal hingga perkhidmatan pascarawatan, kami berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan yang lancar untuk semua melalui platform Airasia Health.

“Bukan itu sahaja, Airasia Health juga menawarkan perkhidmatan perjalanan yang disokong oleh ekosistem airasia.com merangkumi perkhidmatan logistik perjalanan seperti pilihan penerbangan, penginapan dan mobiliti, seterusnya memudahkan perjalanan pelancong perubatan,” katanya.

Menurut beliau, Airasia Health akan bekerjasama dengan penyedia perubatan dan hospital termuka bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perundingan profesional, rawatan tempahan seperti pemeriksaan kesihatan, estetika serta pemeriksaan kesejahteraan dan kesuburan.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah perkhidmatan logistik merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan sokongan visa perubatan serta peneman pesakit.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90