Berikut adalah beberapa perkara yang diumumkan
oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam sidang media
Pengoperasian Sekolah
Kementerian
Pendidikan Malaysia sebelum ini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah
bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN)
adalah pada 3 Oktober.
- Semua institusi pendidikan ditutup
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
*Tiada sekolah dibuka. Untuk negeri dalam Fasa 1, sama ada di SK atau SMK, mereka akan terus melaksanakan PDPR.
FASA 2
- Semua institusi pendidikan ditutup kecuali untuk golongan MBK, dan PPKI
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
- Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
*Untuk
SK hanya murid MBK (Murid Bekeperluan Khas), anak-anak istimewa di
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan juga murid PPKI (Program
Pendidikan Khas Integrasi) yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
*Murid
Tingkatan Enam semester dua dan IBD Tahun Dua, murid di sekolah asrama
penuh, murid kelas peperiksaan antarabangsa juga akan hadir ke sekolah
tanpa penggiliran.
*Murid prasekolah,
tadika swasta, pusat pemkembangan minda umur empat hingga enam tahun
serta sekolah kurang murid iaitu kapasiti kurang 150 murid juga akan
hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
FASA 3
- Semua institusi pendidikan dibuka di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
*Murid
berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) sekolah rendah akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh
berkenaan.
*Bagi murid lain mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
*Bagi sekolah menengah pula, semua murid akan meneruskan PdPR, manakala
pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir
tanpa penggiliran.
*MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan
hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas
antarabangsa dan juga murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian dan
swasta.
FASA 4
- Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.
2) PENGGILIRAN MURID
Bermula
3 Oktober, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran
murid ke sekolah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan kelas.
Beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan:
- Murid berkeperluan khas
- Murid tingkatan 6 atau kelas peperiksaan
- Murid sekolah asrama penuh
- Murid pra sekolah dan tadika
- Sekolah dengan murid yang tidak ramai
3) PAKAIAN
Pelajar
dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian
seragam sekolah yang sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.
4) OPSYEN TIDAK KE SEKOLAH
Ibu
bapa dan penjaga perlu menghantar surat bagi tujuan rekod pentadbiran
sekolah jika memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
TAKWIM
Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermakna murid tahun satu pada tahun 2022 akan mula sesi perskolahan pada bulan Mac.
Sumber : Astro Awani
Semoga lancar segala urusan ketika itu..terima kasih infor