PERMOHONAN PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
PERMOHONAN PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 195 TAHUN 2022 SECARA ATAS TALIAN
Permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 195 Lelaki Tahun 2022 atas talian akan dibuka mulai 17 hingga 31 Januari 2022.
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
Mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
UMUR
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022
KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi 1.62m (minimum)
- Berat 47.5 (minimum)
- BMI 18.0 – 26.0
KELAYAKAN TAMBAHAN
- Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
- Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
- Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing
Skim Gaji, Elaun & Kemudahan
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Sila rujuk syarat penuh melalui poster di bawah atau hebahan di pautan https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan?fbclid=IwAR3J4aWbqX-RP6daKcdsXxbCiaVJFGCvlJfPTEnYZEpPHvot81pJDYHJaSY
arikh Permohonan
- Tarikh Permohonan Dibuka : 17 Januari 2022
- Tarikh Akhir Permohonan : 31 Januari 2022
Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022
Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
Pautan Permohonan Atas Talian:
- Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
- Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
- Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
- Pautan Permohonan akan mula dibuka mulai 16 Januari atau 17 Januari sehingga tarikh tutup.
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
- Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran
- Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
- Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
Cara Pendaftaran Online
1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
- atau
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- 03-2071 2197
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
- Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.