PM Anwar umum senarai Timbalan Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan. Pelantikan Timbalan Menteri berkenaan menyusul pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.
Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok.
Berikut adalah senarai Timbalan Menteri : -
Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Seri Ahmad Maslan
- Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
- Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
- Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan
- Hasbi Habibullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Chan Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi
- Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
- Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan
- Adly Zahary
Timbalan Menteri Kerja Raya
- Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Liew Ching Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
- Datuk Seri Yusuf Apdal
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
- Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
- Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
- Datuk Sri Huang Tiong Sii
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Saraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Luar Negeri
- Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
- Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
- Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
- Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Adam Adli
Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Kesihatan
- Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Wilson Ugak Kumbong