Laluan Pilihan Selepas SPM Yang Boleh Anda Pilih
Terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat oleh calon lepasan SPM iaitu:
Tingkatan 6 / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Tempoh pengajian : 18 bulan
- Merupakan platform yang paling jimat dan paling mudah untuk sambung belajar.
- Pengajian/kursus Pra-universiti di beberapa sekolah menengah terpilih dan kolej. Biasanya, pengambilan adalah secara automatik jika tidak menerima sebarang tawaran sambung belajar ke peringkat matrikulasi.
- Buat permohonan secepat mungkin apabila tidak menerima tawaran ke tingkatan 6. Permohonan boleh dibuat melalui portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Sijil STPM diiktiraf dari sudut kerjaya iaitu dapat diterima masuk dalam perkhidmatan awam. Juga diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda sama ada di dalam negara atau di luar negara (negara komanwel)
Program Asasi
a) Asasi Pintar
- Tempoh pengajian : 1-2 tahun
- Dikelolakan oleh pihak UKM sejak Mei 2012.
- Laluan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke UKM.
- Syarat kelayakan agak ketat. Perlu semak kelayakan terlebih dahulu.
- Penekanan tehadap pembangunan holistik, fizikal,emosi, kerohanian, intelektual dan sosial.
- Beberapa universiti diluar negara ada menerima masuk kelayakan dari Asasi Pintar.
b) Asasi IPTA
- Tempoh pengajian : 1 tahun
- Kursus pra universiti yang ditawarkan di universiti awam di Malaysia.
- Sebagai persediaan buat pelajar untuk menghadapi ko-kurikulum di universiti.
- 2 jenis Program iaitu TERBUKA dan TERTUTUP
- Program Terbuka adalah diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian
- Program Tertutup hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi sahaja.
- Sudah mendapat tempat di universiti dan merupakan tawaran program yang lebih cepat untuk menamatkan pengajian.
- Membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas tamat asasi dan boleh menyambung semula pengajian ke peringkat sarjana muda.
- Cabaran dan halangan : Universiti luar negara tidak mengiktiraf asasi jadi pelajar perlu menyambung pengajian sarjana muda di universiti tempatan sahaja.
Program Matrikulasi Awam
- Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 2 tahun.
- 2 program yang ditawarkan iaitu PDT (Program Dua Tahun) dan PST (Program Satu Tahun)
- Merupakan program Pra Universiti yang disediakan oleh kerajaan. Pilihan terbaik untuk pra-universiti.
- 90% pelajarnya adalah pelajar bumiputera.
- Yuran pembiayaan yang rendah.
- Laluan bagi lulusan matrikulasi layak untuk masuk ke universiti adalah sangat mudah.
- Diiktiraf oleh universiti luar negara ( UK, Australia, New Zealand dan Indonesia)
- Cabaran dan halangan : Persaingan yang tinggi dalam bidang perubatan, pergigian, Farmasi dan undang-undang di peringkat sarjana muda nanti.
PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
- Tempoh pengajian : 5 tahun setengah
- Laluan Perguruan. Memberi peluang kepada pelajar yang ingin menceburi atau meminati bidang penguruan dan pendidikan.
- Selepas PPISMP terus sambung ke PISMP untuk membuat Ijazah Sarjana Muda.
- Perlu menghadiri temuduga dan ujian UKCG/MTEST/INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan).
- Program yang melatih pelajar untuk menjadi guru sekolah rendah.
- Bakal dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda selepas tamat pengajian.
- Sebelum memohon, disarankan semak dahulu syarat kelayakan dan syarat kemasukan.
- Perlu melalui temuduga SPP untuk penempatan sebagai Guru di Sekolah.
- Cabaran dan halangan : Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas di seluruh sekolah-sekolah kerajaan disekitar negara
Diploma
- Tempoh pengajian: 2 setengah tahun atau 3 tahun.
- Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej universiti, politeknik atau universiti apabila tamat pengajian kelak.
- Terbahagi kepada 3 pengajian : Kemahiran, Pengajian Tinggi, dan Vokasional & Teknikal.
- Syarat kelayakan tidak terlalu tinggi untuk menempatkan diri ke peringkat ijazah sarjana muda.
- Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
- Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta
- Boleh memendekkan tempoh pengajian di peringkat sarjana muda (bergantung kepada bidang yang dipohon dan pihak pusat pengajian).
- Boleh menyambung pengajian ke luar negara.
Sijil/ Pra-diploma
- Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 1 setengah tahun
- Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej komuniti, politeknik, ILKA/S (Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta) apabila tamat pengajian kelak.
- Pengkhususan bidang adalah lebih banyak menjurus kepada bidang kemahiran, vokasional dan teknikal.
- Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
- Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.
- Terdapat bidang yang diberi peluang untuk menceburi bidang keusahawanan.
- Cabaran dan halangan : Perlu menyambung pengajian ke peringkat diploma terlebih dahulu sebelum ke peringkat ijazah sarjana muda.
Latihan Separa Perubatan
- Tempoh latihan: 3 tahun
- Terdiri daripada 2 latihan: Latihan bertaraf diploma dan Latihan Bertaraf Sijil.
- Terdapat 10 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf diploma
- Terdapat 3 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf sijil.
- Tarikh permohonan, syarat kelayakan dan syarat kemasukan boleh disemak di portal rasmi SPA : http://www.spa.gov.my/separa-perubatan
- Pengambilan dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
- Jaminan peluang perkerjaan selepas tamat pengajian.
- Cabaran dan halangan : Terdapat had pengambilan bergantung kepada bilangan kekosongan. Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas di seluruh lokasi perubatan kerajaan disekitar negara
Latihan Unit Beruniform
- Tempoh Latihan : 1 tahun atau 9 bulan
- Perlu semak dahulu syarat kelayakan dan kemasukan di laman web Rasmi PDRM dan tentera.
http://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/panduan-kerjaya
http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/kerjaya/ringkasan-kerjaya-askar-laskar
- Sebelum ditemuduga, perlu menjalani ujian fizikal terlebih dahulu.
- Perlu memiliki daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan kental sepanjang tempoh latihan.
- Kursus asas selama 12 bulan di pusat/kem latihan polis/tentera bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan/ketenteraan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.
- Selepas tamat latihan, setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
- Bagi lepasan SPM, pangkat adalah bermula dengan konstabel sokongan (PDRM) dan Perajurit Muda (tentera)
- Terdapat peluang menyambung pengajian selepas disahkan jawatan dan peluang kenaikan pangkat jika memenuhi syarat kelayakan.