Perlis isytihar cuti umum tahun baharu 2025
KERAJAAN Negeri Perlis mengisytiharkan cuti umum pada hari esok, 1 Januari 2025 sempena sambutan tahun baharu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam kenyataan memaklumkan, pengisytiharan cuti umum itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Menurut Mohd Shukri, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Beliau berkata, pemberian cuti umum itu sebagai satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri berkenaan yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri Perlis.