Vietnam bina stadium bola sepak terbesar di dunia

 


Vietnam memulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar di dunia berkapasiti 135,000 tempat duduk selepas imej venue itu didedahkan kepada umum.

Projek Stadium Trong Dong diluluskan pada Disember lalu sebagai sebahagian pembangunan mega Bandar Sukan Olimpik bernilai sehingga RM150 bilion.

Stadium itu bakal menjadi pusat utama penganjuran acara sukan, kebudayaan dan sosio-politik berskala besar, selain meningkatkan kedudukan Vietnam di peringkat antarabangsa.


Reka bentuknya diinspirasikan daripada gendang gangsa Dong Son yang melambangkan warisan dan ketahanan tamadun Vietnam.

Pembinaannya dirujuk kepada kejayaan stadium ikonik dunia seperti Wembley, Stadium Sarang Burung dan Stadium Lusail, dengan Stadium Trong Dong dijangka mengatasi Stadium Rungrado 1 Mei dan Stadium Hassan II dari segi kapasiti tempat duduk.

Menurut laman sesawang rasmi stadium, projek itu bertujuan memenuhi keperluan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa selaras aspirasi Vietnam menganjurkan acara global.

Pembinaan stadium dijadualkan siap pada 2028, manakala keseluruhan Bandar Sukan Olimpik disasarkan siap sepenuhnya menjelang 2035. 
Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url