Dialek negeri-negeri di Malaysia
Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:
Saya - disebut sayě
Apa – disebut Apě
Berapa – disebut Berapě
Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :
Anda – disebut anda
Merdeka - disebut Merdeka
bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:
Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)
lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)
sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)
Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”
Tidur – disebut Tido
Telur – disebut Telo
Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:
Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
Pergi - disebut Pegi
Berjalan - disebut Bejalan
Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.
Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:
Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka
Besar Besa Beso Besau
Lebar Leba Lebo Lebau
Sabar Saba Sabo Sabau
Langgar langga Langgo Langgau
Tukar Tuka Tuko Tukau
Dialek Negeri Sembilan
Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)
Dialek Perak
Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:
Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah
Saya Sayě Sayěě Saye
Apa Apě Apěě Ape
Berapa Berapě Berapěě Berape
Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’
Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)
BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah
Kamu Koměě Kome
Kota Kotěě Kote
Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.
Ejaan Standard Dialek Utara
Saya Saya (mengikut sebutan baku)
Dia Dia (mengikut sebutan baku)
Mana Mana (mengikut sebutan baku)
Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
Ejaan Standard Dialek Utara
Bergetar Bergetaq
Ular Ulaq
Telur Teloq
Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’
Ejaan Standard Dialek Utara
Pasir Pasiaq
Baligh Baliaq
Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Utara
Kambing Kambin
Kuning Kunin
Anjing Anjin
Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
BM Standard Dialek Utara
Awak / Kamu Hang
Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan baku)
Sekejap Sat
Kenapa (bunyi ě) Awat
Pergi Pie
Kelapa (bunyi ě) Nyoq
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:
Dialek Utara Dialek Utara (Perlis)
Kasut Kasuit
Pulut Puluit
Dialek Kelantan (kecek kelate)
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Kawan Kawe
Bulan Bule
Terang Teghe
Tenang Tene
Bukan Buke
Tangan Tange
Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Apa Gapo
Hamba Ambo
Mana Mano
Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Satu (dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…)
Saya Kawe / ambo
Awak / Kamu Demo
Bagaimana Guano
Cakap Kecek
Duit Pitih
Gaduh Gocho
Juara Jogho
Kelapa Nyo
Kawan / sahabat Saing
Dialek Terengganu
Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Makan Makang
Ikan Ikang
Bukan Bukang
Badan Badang
Pun Pung
Zapin Zaping
Kemaman (nama daerah) Kemamang
Jalan Jalang
Hujan Hujang
Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan
Apa Apěě Gapo
Mana Maněě Mano
Ada Aděě Ado
Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Jumpa Jupěě
Sampai Sapaa
Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM Standard Dialek Terengganu
Duit Piti
Selalu Sokmo
(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)
Dialek Pahang
Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)
Dialek Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak
BM Standard Dialek Sarawak
Saya Kamek
Awak / kamu Kitak
Dia Nya
Tidak Sik
Jangan Sikboh
Ini Itok
Sini Sitok
Itu Ya
Situ Siya
Sana Sinun
Mana Ne
Dimana Sine
Cakap Madah
Orang Sidak
Cantik Kacak
Sombong lawa
Lama Lamak
Jumpa Temu
Kucing Pusak / pusa
Anjing Asok
Ayam Manok
Ya Auk
dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)
Dialek Sabah
Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
Tertinggal lagi 1 dialek... Dialek Labuan.
Dialek Melayu Labuan adalah suatu dialek yang dituturkan di Wilayah Persekutuan Labuan yang menyerap unsur-unsur dialek Melayu Brunei dan dialek Kedayan.
terima kasih ya...
saya gunakan maklumat yang ada dalam blog saudara ni untuk siapkan assignment dialektologi.
alhamdulillah ianya amat membantu..
terima kasih..
sama-sama
semoga dapat membantu :)
TERIMA KASIH SEBAB BUAT BLOG NI UNTUK SAYA BUAT FOLIO... SEKALI LAGI TERIMA KASIH YE
sila layari KamusDialek untuk membina dialek sendiri
http://www.kamusdialek.com
Mengapa tidak diteliti kewujudan dialek dan bahasa Melayu loghat yang selanjutnya di Perak? Sesungguhnya Info mengenai Dialek Melayu di Perak seperti yang dipaparkan disini sangatlah cetek, walhal di negeri saya tu bukan sahaja bahasa Melayu Perak (komey, mikey, yop yong) semata mata, kami punyai jalur turunan Melayu yang pelbagai yang tiap satunya masih lestari bahasanya sehingga ke detik ini. Kami penutur Bahasa Mandailing, Rao, Kampar, Banjar, Jawa dan Bawean wujud di segenap pelosok daerah daerah utama negeri Perak. Harus ditelitikan tu dulu. Terima Kasih.
Maryuzi.
saya sangat setuju..saya anak jati negeri perak yg berdarah banjar dan rawo.. saya juga boleh bertutur dalam bahasa negeri perak..rawo sikit sikit..melayu perak utara..banjar tak pandai sebab hanya arwah tokwan sahaja bertutur bahasa banjar..tok perempuan bertutur dlm dialet utara..
Terima kasih ye sbb blog ni folio saye dpt siap n dgn pertolongan blog2 laen.Saya akan tulis dlm penghargaan.
Terima kasih. Penuh informasi yang boleh saya gunakan untuk presentation :)
trimo kasih lah kt den
my future hubby org sarawak.. masalah nye sya xbrapa fhm dialek parents dia.. mksh blog ni bnyk mmbantu.. :D
Siapa cakap Pahang xde bahase sendiri? Bahasan pahang jauh beza sekali dgn bahasa Kelantan & terengganu. Nak dgr saya ckp Pahang? Sy ckp ye.
Bahasa Pahang:
" Salam. Kas ni anok jati Pahang asei dr uluh sungei (Tembeling) belah Raub te. Meknye?? Ame aok te idok penoh dengo bahse Pahang ni karang aok boleh la dtg Pahang soho dan belajar bahse negeri kami. Kas idok le nok boloh bejele2, takut wokme nyer pale ngelawor baru tau. Waberr.... pepalih yak! Dok pe la kala gitu. Org Phg ni biasenye jarang beno nok omel sgt dgn org luar. Karang Demeh ckp kami punye bahse ni pelik. Hahaha"
Bahasa Melayu standard:
" Salam. Sy ni anak jati pahang asal dr ulu sungai (Tembeling) dkt Raub tu. Kenape?? Kalau awak tu tak pernah dengar bahasa Pahang ni nnt awak boleh la dtg pahang sana dan belajar bahasa negeri kami. Saya tak le nak cakap panjang2, takut awak semua nyer kepala pening baru tau. Adoi.... Melampau ye! Xpe la kalau mcm tu. Org phg ni biasenye jarang benar nk membebel sgt dgn o…
Saya org melayu riau tpi kalau bicara bhsa melayu ala mlaysia sering disebut org sabah.. :)) tpi setau saya org sabah ada sisipan kata 'bah' kalau bicara kan? Cmiiw