Eco-Shop selaraskan harga produk kepada RM2.60 mulai 14 April 2025

 


Eco-Shop Malaysia akan menyelaraskan harga produk daripada RM2.40 kepada RM2.60, berkuat kuasa 14 April 2025.

Syarikat yang menjual barangan isi rumah harian itu dalam satu makluman ringkas di laman Facebook rasminya berkata, selama lebih 20 tahun, ia kekal komited untuk menawarkan produk keperluan harian pada harga yang paling berpatutan.

"Namun dengan kos operasi yang semakin meningkat, kami telah berusaha keras untuk mengekalkan harga yang berpatutan.

"Bagi meneruskan komitmen ini sambil mengekalkan standard perkhidmatan yang anda harapkan, harga produk di Eco-shop akan diselaraskan daripada RM2.40 kepada RM2.60, berkuat kuasa 14 April 2025.

"Terima kasih atas sokongan dan kefahaman anda yang berterusan. Kami amat menghargai anda sebagai sebahagian daripada keluarga Eco-shop," katanya.

Eco-Shop menawarkan pelbagai produk, terdiri daripada keperluan isi rumah kepada mainan dan makanan kucing.


Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url