Top Ad 728x90

280 pelajar DPLI kini terdesak apabila tajaan ditarik balik


Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.

"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.

- KOSMO 16 JANUARI 2009

* Menurut sumber, tajaan mereka di tarik balik kerana semasa memohon, mereka belum lagi bergraduate (konvokesyen)

5 Comment:

  1. payah ler kalu tetibe je nak tarik tajaan..semua da berharap kat elaun tu untuk survive

    BalasPadam
  2. mmg ptut pn tarik blik tajaan derang tu...
    da la xkonvo lg da cbuk apply KPLI...
    xfair la....
    bdk2 yg da konvo pe hal...
    knknkn...

    BalasPadam
  3. sbenarnye pihak kpm ni pown satu masalah.. suppose letak warning awal2...SAPE2 x KONVO LG JGN MEMANDAI NK MNTAK...haa...gitu... senang
    sume org leh paham

    BalasPadam
  4. Salam
    Tulah...saya pun rasa tertipu jer..nyatakan jelas2 syaratnyer..kiter ni bukan bebudak kecik lagi.. masing2 dah besar dan berpendidikan.kalu belum konvo tak boleh apply..cakap tak boleh kan senang. ni membazir duit mak bapak jer beli borang..sedih tul.kalu dan terima tawaran and then letak jawatan kerja yang lama tu lagi susah..silap2 kena blacklist lagi.

    BalasPadam
  5. btollll..sy setuju..bygknla bpe org yg da apply..n bpe rm da dorg dpt..klu org yg blom konvo x leh apply bgtaw awal2 kt syarat2 tue..hmm sabo jela..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90