Nizar perlukan Laksamana Do Re Mi
Mengenang politik tempoyak di Perak di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.
Di Buletin Utama TV3, saya melihat visual mengenai Dr Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.
Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proposal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pasola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.
Gara-gara itu, Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.
Bagaimana pun nasib raja Negeri Pasir Dua Butir itu baik kerana mereka didatangi oleh Laksamana Do Re Me yang datang membantu mereka. Dengan kekuatan dan kuasa yang sakti yang dimiliki oleh Laksmana Do Re Mi, Raja negeri Pasir Dua Butir itu mendapat semula negerinya dan Menteri Pasola yang jahat dihapuskan.
Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib Raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga Raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.
Makanya sekiranya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaannya, beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu.
Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan Rakyat akan dapat dikembalikan semula. Wa'lahualam. Zam...zam ala kazam....:)
- MSO MELAYU
Hahahahahha...mungkin kot kena pgl laksamana doremi tu... nak lawan dgn geng perompak xmalu..
tu la pasal... haha