8,000 serbu Temuduga Terbuka Kementerian Pelajaran (KPM) di Putrajaya


Difahamkan, kira-kira 8,000 pencari kerja termasuk lepasan universiti, lepasan sekolah dan penganggur menghadiri temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada hari pertama bermula 12 Mei 2009 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya. Kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi.

Di antara jawatan yang ditawarkan ialah Pegawai Tadbir Kontrak, Penolong Pegawai Tadbir Kontrak dan Pembantu Tadbir Kontrak. Selain daripada itu, jawatan Guru Siswazah Kontrak turut ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di mana temuduga terbuka di negeri-negeri akan bermula pada 13 Mei 2009. Jawatan tersebut adalah jawatan kontrak selama 6 bulan yang ditawarkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

Guru Siswazah Kontrak dan Pegawai Tadbir Kontrak masing-masing terbuka kepada semua lepasan ijazah dari pelbagai bidang. Penolong Pegawai Tadbir Kontrak pula untuk lepasan diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sementara Pembantu Tadbir Kontrak dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Next Post Previous Post
17 Comments
  • KT
    KT Rabu, 13 Mei 2009 pada 11:19:00 PG SGT

    Masyaallah.....Ya Allah...
    terbantut hasrat nak pegi...
    ramai sungguh yg jobless...
    (yeke,pkul 5 pagi dh dtg? tabik ah!!)
    syukur diri ini masih ade tempat kat office ni.huhu~

    **tak pe la, kasi peluang untuk mereka yg lainnya... good luck evryone!

  • attyfir
    attyfir Rabu, 13 Mei 2009 pada 12:22:00 PTG SGT

    kalo ade coti nak gak torai..kot dpt keje gomen..
    tp pk punya pk..kasi can kt mana yg takde keje langsung..smoga diaorg berjaya

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 13 Mei 2009 pada 3:08:00 PTG SGT

    aku dh try pegi hr ni..gile2 ah..aku x larat tgu smp hbs..mmg gile2..tergile..rmai thp gile..dh mcm ujibakat AF dh..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 13 Mei 2009 pada 6:06:00 PTG SGT

    aku br nak pi rabu nie...yg kat terengganu...hope dapat ar...wish me good luck

  • KT
    KT Rabu, 13 Mei 2009 pada 6:07:00 PTG SGT

    memang betol2 bertuah mereka2 yg berjaye tuh...
    dlm 200-500 je vacancies..
    yg dtg tu +-8000...

    p/s: inilah die..kalau odisyen AF,OIAM,MNTR sume tu..sggup tggu smpai malam ke subuh... huhuh~

    kawan saye..baru pukul 9pagi dah balik, malas nk tggu dah..huhuhu~

  • nurdeedee
    nurdeedee Rabu, 13 Mei 2009 pada 7:34:00 PTG SGT

    mmg sgt ramai dah macam audition nyanyi pulak...
    i'm one of the calon....sampai pukul 8.15...cari parking sampai atas bukit...jauh mmg jauh...beratur ader dekat sejam utk ambil borang + no giliran...nasib baik borang n sijil tak ada masalah...n wait sampai pukul 4.30 and diaorg kata temuduga sambung esk (14 may)
    OMG...aku dah tunggu dr pagi nak kena smbg esk???

    tak pe2..Sabar dgn dugaan Tuhan mana tahu ada hikmah di sebalik nya...Insya-allah...

  • KT
    KT Rabu, 13 Mei 2009 pada 8:32:00 PTG SGT

    mak ai...camtu ke nurdeedee...sodih lak ai dgr...
    takkan dtg kul 8 x dapat masuk intvew??
    gile ah...hari ini dalam sejarah... =p

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 13 Mei 2009 pada 10:06:00 PTG SGT

    kejadian yang sama juga berlaku dikelantan hari ini, ini menunjukkan malaysia kita ni ramai yang tidak berkerja tetap. Seharusnya pihak kpm fikir dulu sebelom bertindak. ini menyebabkan kekecewaan kepada anak muda kita. dari jauh mereka datang tapi tidak dapat masuk temuduga, kesian.. hanya kerana 1000 lebih jawatan yang ditawarkan untuk seluruh negara...

  • nurdeedee
    nurdeedee Rabu, 13 Mei 2009 pada 10:32:00 PTG SGT

    seriously mmg itu yg terjadi...sakit hati pun ada...tp sabar je la..lepas lunch hour ramai yg balik sebab dah tak larat nak tggu...masalah nya pagi tu bilik interview ada satu, sekali masuk 3 org, lps lunch baru buka satu lagi bilik...laju la juga.. but still masa pukul 4,angka giliran baru 161-170,calon yg dtg ada la dkt 800 org utk peg.tadbir shj...

    bayangkan esk org yg ke 500 tu pukul berapa kalau hanya ada 2 bilik, 3 org sekali masuk...bagi la masuk sekali 5 org kan cepat hbs..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 14 Mei 2009 pada 12:47:00 PG SGT

    sy kene gi sok interview di kelantan no 308. tp x gi dh kot coz penat sgt..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 14 Mei 2009 pada 2:02:00 PG SGT

    main2 bris la plak..xsggup aku

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 14 Mei 2009 pada 8:56:00 PG SGT

    sy interbiu kat kelantan ari ni no. 283...tp masa ni pun saya takde mood lagi nak gi...ingat nak rilek2 dulu layan tenet...tp husband sy dh banyak kali msg pagi ni dh 'pergi ke belum'?..rasa malas gi jer coz peluang tu tipis sgt nak dapat

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 14 Mei 2009 pada 11:49:00 PG SGT

    saye g yg kat n9..ramai tu xyah ckp la...mmg byk sgt...samapi ade yg pengsan.bratur punye la pnjang just nk isi borg je..tapi saye terkilan sgt..dieorg xinform awal bg sesape yg ade degree tapi xknvo lagi xleh apply utk jaw guru siswazah..saye knvo 1 jun nih..saye tggu dr awal pagi...dpt masuk bilik temuduga kol 6.50ptg, tetibe dieorg kate xleh apply.but still dieorg amik salinan sijil tuh..sedeynye..rmai jugak la yg apply guru siswazah tapi xknvo lagi.rase mcm down sgt2 semlm..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 15 Mei 2009 pada 11:38:00 PTG SGT

    14hb ari tu pun sy g gak...
    tp seb bek la cpt dpt..sy smpai kul 8 pg...
    bis intibiu smua lam kul 11 pg...
    seb bek la bis awl...
    alhamdulilah..
    tp mmg ramai sgt2...
    klu ade rezeki tu ade la...

  • gegurl
    gegurl Jumaat, 29 Mei 2009 pada 7:29:00 PTG SGT

    hii......ari 2 pn aku g gk kt putrajaya......dlm kul 7lbh da smp...mmg da rmi da tme 2..sib bek dpt no 9 n awal di intrview. 2 pn dlm 10 norg skali itrvw.... kt nyer 2 week aftr intrw kalo dpt akn di col n ntar srt....yg pelik nyer smpi la nie aku ngan mmbr yg len xpt jwpn pn g.
    mmbr2 aku pn kira bgs2 gk....de x di klgan u all yg dpt??

  • faizalj
    faizalj Jumaat, 29 Mei 2009 pada 8:29:00 PTG SGT

    aku pn tgh tggu gak.x dpt2 pn..moral down abes.

  • dmya
    dmya Sabtu, 30 Mei 2009 pada 12:08:00 PTG SGT

    hpfully kte sume dpt..amin

Add Comment
comment url