PAKEJ PANDUAN DAN TIPS MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA JAWATAN SPA

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga jawatan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 dan jawatan SPA yang lain, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my





Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

on Monday, May 4, 2009

Oleh MOHD HAFIZ

Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

http://www.mohdhafez.net
Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Nisa said...

Bagusnya,saya ade temuduga untuk jawatan ini.Harap dapat membantu


Monday, April 16, 2012 at 10:57:00 AM GMT+8
-kem- said...

Untuk jawatan PPTM nie... ade exam khas ke sebelum interview?

Kamarul Saffiq


Tuesday, August 7, 2012 at 9:58:00 AM GMT+8
abby said...

ada buat panduan ke untuk peperiksaan dan temuduga penolong pegawai teknologi maklumat?kalau ada boleh emailkan ke mylady_abby@yahoo.com ..tq ..


Saturday, September 1, 2012 at 1:57:00 AM GMT+8
Anonymous said...

salam... ada sesiapa yg ada pngalaman mnduduki peperiksaan mmasuki perkhidmatan penolong pegawai teknologi Gred F29?

saya baru terima surat daripada SPA,
29/09/2012 menduduki peperiksaan.

- pengetahuan am / seksyen A
- Daya menyelesaikan masalah & Penaksiran personaliti / seksyen B
i. Kemahiran Menggunakan Logik ;
ii. Kemahiran menginterpretasi Data ; dan
iii. Konsep-konsep matematik

ada sesiapa yg nak kongsi pngalaman?
bantuan anda sekalian amat dihargai.


Saturday, September 15, 2012 at 12:14:00 AM GMT+8
d0d0l said...

artikel nie dah 3 tahun berlalu. harap² masih releven tips² yg diberikan terutama topik merdeka coz kita br saja menyambut kemerdekaan dan juga hari malaysia. 2 minggu lagi ada peperiksaan PPTM F29 :-ss seramnyer............ wish me luck!


Tuesday, September 18, 2012 at 8:26:00 AM GMT+8
Yana Aina said...

kene amek peksa 29 nie..huhuh takutnya


Tuesday, September 18, 2012 at 12:28:00 PM GMT+8
Anonymous said...

Terima kasih di atas info yang telah diberikan ini, saya telah mendapat panggilan peperiksaan PPTM F29 pada minggu depan diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam peperiksaan nanti. Terima kasih sekali lg..

Lorna Muhamad.


Wednesday, September 19, 2012 at 5:12:00 PM GMT+8
Oshin yan said...

Sy Nur Liyanna Elias
Boleh dpatkan contoh2 soalan peperiksaan untunk penolong pengawai teknologi maklumat y terbaru x?
Tarikh peperiksaan nye pd 29 sept 2012. Ramai calon y terpilih.
Lau x keberatan, minta share sdkt info sal nie.
Terima kasih


Friday, September 21, 2012 at 4:33:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - JAWATAN KOSONG TERKINI DAN SUMBER MAKLUMAT | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2013
D.I.Y Themes ByBelajar SEO