Top Ad 728x90

,

B.yond: Astro sasar 100,000 pelanggan

Syarikat televisyen berbayar, Astro menjangkakan seramai 100,000 pelanggannya akan bertukar kepada perkhidmatan B.yond menjelang penghujung Januari tahun depan.

Pengurus Jualan Wilayah, Jualan dan Pengedaran All Asia Networks Plc (Astro), Woo Tuck Fatt berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada para pelanggannya.

"Walaupun masih agak baru, respons daripada orang ramai amat baik.

"Kita sasar seramai 100,000 pelanggan Astro di seluruh negara akan bertukar kepada B.yond sehingga tahun kewangan Januari 2011," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan tengah hari bersama media di sini hari ini.

Astro B.yond dilancarkan pada Disember lalu yang menawarkan penyiaran definisi tinggi (HD) kepada para penontonnya.

Menurut Tuck Fatt, di wilayah utara iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis, jumlah pelanggan Astro adalah seramai 588,000 orang.

"Di Pulau Pinang saja, jumlah pelanggan kami adalah 194,000 orang.

"Jumlah ini menembusi 43 peratus isi rumah, iaitu bersamaan setiap 10 rumah sekurang-kurangnya ada empat buah memiliki Astro," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., Tammy Toh memberitahu, kotak media baru dengan fungsi rakaman dalaman Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR) yang dilancarkan pada 1 Jun lalu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggannya di negara ini.

Jelasnya, sebagai contoh di Australia dan United Kingdom, sebanyak 60 peratus daripada pelanggan televisyen satelit telah bertukar kepada sistem PVR.

"Menerusi B.yond PVR, ia memberi keselesaan kepada penonton untuk merakam dan menonton mengikut kesesuaian masa masing-masing.

"Saya yakin sistem PVR akan mendapat tempat di kalangan pelanggan Astro di negara ini," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90