Top Ad 728x90

Perodua kekalkan penguasaan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan kepimpinan pasarannya pada Mei dengan jualan 15,000 kereta dan anggaran agihan pasaran 29.6 peratus berikutan permintaan kukuh berterusan mendapatkan kenderaan.

"Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit yang dicatatkan pada Mei 2009," kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh di dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, Perodua menjual 78,700 kereta, meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit yang diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.

Ini juga merupakan lonjakan 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari hingga Mei 2009.

Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual pada tahun lepas.

"Kami sangat teruja dengan bilangan jualan itu dan kami percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka yang lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali," kata Aminar.

Katanya, jualan kereta di Malaysia secara tradisinya meningkat pada suku ketiga setiap tahun.

Mengenai prestasi selepas jualan Perodua, Aminar berkata, pada Mei, 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghantaran.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus dari agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran semasa tempoh Januari hingga Mei 2009.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90