Rabu, Jun 16, 2010

Rakan Cop Kuala Lumpur cecah 88,000 ahli

Rakan Cop semakin popular di ibu negara dengan menarik seramai 88,000 orang mendaftar sebagai ahli dalam program itu di seluruh Kuala Lumpur sejak pelancarannya pada 2006.

Pegawai Turus Hal Ehwal Awam/Rakan Cop Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata, polis kini memberi tumpuan kepada pemandu teksi bagi menyalurkan maklumat melalui Rakan Cop.

"Langkah ini dibuat kerana pemandu teksi dianggap sebagai mata dan telinga kepada polis dalam menyampaikan maklumat.

"Pemandu teksi mengambil penumpang dari semua kawasan dan penumpangnya mungkin terdiri dari individu baik atau jahat... ini secara tidak langsung membolehkan pemandu teksi memperolehi maklumat khususnya dalam kes jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pengusaha teksi dan pemandu teksi sememangnya aktif dengan Rakan Cop dan inisiatif itu merupakan usaha polis untuk mengaktifkan dan meningkatkan keahlian kumpulan itu dalam program Rakan Cop.

Bagi sebarang maklumat lanjut orang awam boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 (Hotline Rakan Cop) atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip polis KL dan hantar ke 32728.

– Bernama

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts