Top Ad 728x90

SUKMA XIII catat kejayaan

Dengan 14 rekod kebangsaan dan 81 rekod kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XIII di Melaka yang berakhir kelmarin di anggap satu kejayaan besar dari segi kualiti, kemunculan bakat muda dan persaingan di antara kontinjen negeri.

Ketiadaan satu negeri yang mendominasi pungutan pingat emas berbanding temasya Sukma sebelum ini, persaingan lebih sengit dengan kedudukan keseluruhan dengan dipisahkan dengan kelebihan dua atau tiga pingat emas, ia pastinya memberi keceriaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), yang menganggap temasya XIII menepati objektifnya.

“Berdasarkan kepada catatan rekod kebangsaan dan kejohanan, dan juga mencungkil bakat baru, saya berpendapat temasya kali ini sudah mencapai objektif utamanya,” kata Pengarah Bahagian Pengurusan Acara MSN merangkap Ketua Urusetia Tetap Sukma, Jalil Abdullah, semalam.

“Malah dalam pungutan emas, tidak ada satu negeri yang mendominasi dan kemenangan hanya ditentukan perbezaan pingat yang kecil.

“Ini menunjukkan persatuan dan majlis sukan negara bersama-sama dengan MSN menggerakkan program pembangunan bakat untuk menghasilkan barisan pelapis berwibawa. Saya berharap kerjasama dan usaha itu akan diteruskan.

“Pada masa yang sama juga, ada beberapa sukan yang perlu dipertingkatkan pengurusan dan program pembangunan terutama dalam melahirkan pegawai teknikal dan atlit dan MSN akan memantau persatuan terbabit bagi memastikan mereka tidak tercicir,” katanya.

Dua tahun lalu, pada Temasya XXII hanya tujuh rekod kebangsaan dan 53 rekod kejohanan dipecahkan. Dengan lebih banyak kontinjen negara yang bersaing untuk pingat, adalah menjadi harapan lebih banyak bakat baru dapat dilahirkan daripada temasya itu.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90