Top Ad 728x90

TM perluaskan pakej jalur lebar

Telekom Malaysia Bhd. (TM), telah meluaskan pakej kos rendah netbook dan jalur lebar untuk isi rumah berpendapatan rendah di Johor yang dinamakan 'Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia'.

Dengan kerjasama kerajaan, pakej terbaharu itu menawarkan keluarga berpendapatan rendah gabungan netbook dan akses jalur lebar dengan bayaran hanya RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Pelancaran pakej berkenaan dibuat dalam satu majlis khas yang dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli dan Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Halim berkata, pakej jalur lebar dan netbook baharu dengan kadar mampu milik disasarkan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar dan komputer selari dengan agenda nasional untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara ke 50 peratus daripada isi rumah pada akhir tahun 2010.

''Dengan ini, komuniti-komuniti di kawasan pedalaman yang terpencil kini boleh menggunakan jalur lebar untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan mengakses perkhidmatan dengan mudah di hujung jari mereka.

''Ini hanyalah salah satu dan banyak lagi sumbangan kami untuk merapatkan lagi jurang digital antara masyarakat di negara ini. Seperti yang kita semua tahu, hari ini jalur lebar boleh dianggap sebagai satu keperluan, sama seperti air dan elektrik. Menerusi jalur lebar, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup sesebuah sekeluarga, malah dalam sesuatu masyarakat," kata beliau.

Bersempena dengan majlis itu, 20 pelanggan pertama pakej ini yang merangkumi penduduk dari sekitar Pagoh menerima netbook mereka daripada Datuk Dr. Halim Shafie.

Pakej jalur lebar TM merangkumi dua pilihan netbook dengan kelajuan Internet Streamyx dari 384 Kbps ke atas.

Para pengguna boleh memilih netbook Komputer 1Malaysia dari hanya RM38 sebulan atau netbook Hewlett Packard (HP) dengan yuran tambahan sekurang-kurangnya RM21.

Pelanggan yang layak akan menerima antara lain akses jalur lebar Streamyx dengan kelajuan dari 384 Kbps, sebuah netbook Komputer 1Malaysia dengan cakera keras 160GB atau Hewlett Packard (HP) dengan cakera keras 250 GB, memori 1 GB dengan dilengkapi kamera web dan keupayaan WiFi serta penghantaran percuma ke seluruh negara.

Bagi mereka yang menginginkan lebar jalur yang lebih pantas, mereka boleh memilih pakej daripada 512 Kbps sehingga 4Mbps, dengan peningkatan yuran minima sebanyak RM15 sebulan.

Untuk layak melanggani Pakej Jalur Lebar dengan Netbook ini, pelanggan yang berminat perlu mematuhi syarat-syarat berikut iaitu berasal daripada isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan dari RM3000 dan ke bawah untuk penduduk di kawasan pedalaman di seluruh negara.

Pemohon juga mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan dari RM5,000 dan ke bawah untuk para penduduk kawasan bandar.

Para pengguna di Johor dinasihati untuk mengunjungi TMpoint terdekat untuk memastikan kelayakan mereka

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90