Top Ad 728x90

USIM Mahu Tubuh Hospital Sendiri Di Nilai

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menubuhkan hospital sendiri di sini dalam masa terdekat, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Md Noor.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu kelulusan kerajaan untuk memulakan pembinaan hospital tersebut yang dianggarkan bernilai RM200 juta di tapak yang baru dibeli oleh USIM.

"Kita menanggung kos yang tinggi apabila mengendalikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan di Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan menyewa sebuah bangunan," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, USIM turut menempa sejarah sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 berdasarkan pengurusan kualiti mengikut perspektif Islam.

Dr Mohamad Yusof berkata, apabila siap kelak hospital USIM akan turut menempatkan Fakulti Pergigian yang mempunyai peralatan tercanggih.

"Kita mahukan sebuah bangunan yang moden bagi hospital kita kelak. Moden dari segi ia boleh menjimatkan kos di mana kos itu boleh diguna untuk membeli peralatan perubatan yang terkini," jelasnya mengenai konsep pembinaan hospital berkenaan.

Beliau turut melancarkan laman USIM ONLINE yang boleh dilayari di http://www.usimonline.my

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90