Prosedur Perkahwinan Rakyat Malaysia dengan Warganegara Asing
Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing
Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.
Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.
Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
- Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
- Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
- Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
- Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.
Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.
Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.
Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:
Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara
Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.
Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :
- Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Nikah
- Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
- Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
- Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.
Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.
Nota - Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus
mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah perkahwinan mereka selesai supaya anak mereka mendapat
status kewarganegaraan.
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia
nama sy ialah suzana binti alias,,saya ingin bertanya,saya ingin berkahwin dengan warga asing yg memegang pasport bekerja,,tidak adakah cara lain untuk kami berkahwin,,kerana kami telah pun menyediakan semua document seperti test hiv,sijil krusus kahwin dan sebagai nya,,malah kluarga saya juga merestui hubungan kami..
sy tlong jwb..cancel permit kerja,keluar dan masuk semula untuk daftar.
assalamualaikum.. saya bakal berkahwin dengan warga Syria.. saya nak tanya.. macam mana pula kalau bakal suami tu baru nak menetap disini.. maksud saya selepas kami berkahwin baru mnetap dan bekerja disini.. still ikut procedure yang sama ke??
yup..
Salam, saya nak tanya, kalau bakal suami ic merah ikut prosedur yang sama? terima kasih.
Tidak perlu.jika pemegang permastautin tetap ingin berkahwin dengan warga malaysia prosedur adalah sama seperti warganegara.tidak perlu ke imigresen dan kedutaan jika berkahwin di malaysia.tq
alamak, banyak juga prosesnya ni. maksudnya borang semua kena buat 6 bulan sebelum tarikh kawin la ye?
Salam, saya ingin bertanya mgnai prosedur perkahwinan antara wanita malaysia dgn llelaki asing. Penjelasan di atas merujuk jika lelaki asing terbabit bekerja di malaysia. Jika kes saya, lelaki asing tersebut berada di negara nye sendiri n bekerja di sana. Bagaimana prosedur perkahwinan jika kami mahu berkahwin di malaysia? N bagaimana pula jika kami berkahwin di negara nye? N kami merancang utk tinggal di malaysia selepas perkahwinan. Harap membantu.
Noorliiee binti Ismail. Email bencitul80@gmail.com
Jika ingin berkahwin dengan warganegara asing yg tidak bekerja dan menetap dimalaysia cukuplah sekadar lelaki tersebut memasuki malaysia menggunakan pas pelancong beserta surat akuan bujang dan surat kelakuan baik.boleh terus ke kedutaannya untuk pengesahan ketulinan dokumen tersebut.kemudian ke wisma putra(kementerian luar)untuk prngesahan kedutaan malaysia dan setelah itu ke imigresen untuk dapatkan kebenaran berkahwin dengan warga asing.setelah itu barulah kejabatan ugama untuk proses pernikahan.setelah selesai dan terima sijil perkahwinan rasmi barulah ke imigresen untuk buka fail perkahwinan untuk visa pasangan.
apih
saya lelaki dan rakyat malaysia. ingin berkahwin dgn gadis cina dan ingin melakukan akad nikah dan upacara perkahwinan di china,so ap langkah2 yg perlu sy ambil before and after upacara perkahwinan? sekian.tq
Salam brother apih ,
Situasi saya sama seperti brother apih. Boleh minta some guide macam mana brother buat process ? Sangat berterima kasih untuk menolong.
Please reply me on email : nlb_hussein@hotmail.com
Terima kasih
Salam Sejahtera.Untuk maklumat pihak tuan saya sudah bernikah dengan seorang warganegara Algeria.Dia dah menetap sini hampir 5 bulan.Kami ada apply permanent visa citizenship tu.Yang masalahnya sekarang dia ingin bekerja.Hari tu saya ada check di dalam website immigration dan juga kami ada tanya pihak immigration.Diorang allow husband saya kerja selepas itu kami pun cuba apply kerja.Boss company kata husband saya perlukan work permit.Dan soalan yang seterusnya.Kerja apakah yang sesuai untuk suami saya?.
hai saya eugine...saya chinss jakarta indonesia agama kristen...calon saya org malaysia(sabah) kerja di KL..agama katolik...yg mau saya tanyakan:....jika sy mau nikah sama calon saya n jd warganegara malaysia dan tinggal dsana serta cari kerja dsana nantinya...sy mau nanya : 1. tuk surat nikahnya bgmn cr na..sya bingung antara:
- pemberkatan di gereja katolik/kristen (tanpa catatan sipil hanya pendeta dan tmn2 serta sodara saja ) +resepsi acara/pesta di jakarta-indonesia dulu baru balik malaysia dan buat surat nikah di malaysia....atau
- pemberkatan di sabah dan buat surat di sabah baru resepsi dan acara pestanya di indonesia jakarta...
mana yg lebih mudah tuk proses surat nikah dan mendapat kewarganegaraan malaysia..sbb ikut calon jd pindah warga negara...sy maunya sih yg 1 pemberkatan di jakarta dan pesta jakarta..jk pelu ada catatan sipil yg dtg ke gereja jd kami bs tanda tangan dsana langsung tanpa susah2 lg dan sampe ke malaysia bisa kasih buktinya dan pindah /buat surat nikah la…
salam,saya qila,saya ingin taya,suami saya baru 3tahun buka fail menetap di malaysia,dalam tampuh ini boleh ke suami saya bekerja
saya Wanita Malaysia Berstatus Janda,.
Saya Mempunyai Pasangan Dari Kalimatan Tengah Indonesia. .
Pasangan Saya Tinggal Di Sana Dan Bekerja di Sana.
setelah Menikah saya Mahu Tinggal Di Tempatnya. .
saya Pernah Kesana Selama Sebulan,dan Saya Senang Di sana. .
saya juga telah mengenali ahli keluarganya. .
Apa Yg Perlu Saya Persiapkan Untuk Menikah?
Dan Apa Yg Perlu Buat Dia Sediakan Untuk Menikahi Saya. .
Andai Kata Begitow Sulit Menikah Di sini Buat Kami,Dan Kami Berkeputusan Untuk Menikah Di Tmptnya,
Apa Yg Perlu Kami Lakukan. . .
miftahul_kekasihku@yahoo.com
saya wanita berstatus janda sy nak tanya pasal pasang sy seorang warga nepal dan dia akan balik kampung lepas habis permit dia 3 tahun;dan akan masuk balik malaysia berkahwin dan berkerja dgn sy...apa document nak kalau kita nak jadi suami isteri yang sah sekian terima kasih hiya
Nama saya Indhumathi a/p vengataraman. saya ingin berkahwin dgn seorg warga india. dan juga saya seorg balu. dia pemegang passport visitor. berapa lama ambil masa klu i nak apply regester dgn dia dan apakah caranya?
Pengalaman saya mengahwini warga asing (Suami saya dari Sweden)
1- Bakal suami harus mendapatkan pengesahan surat bujang sama ada dari kedutaan/dipos dari negara asal....setiap negara berbeza
2- Surat pengesahan di atas mesti dilampirkan surat dari kedutaan beserta cop kedutaan
3- Kemudian pergi ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ( Ministry of Foreign Affairs) di Putrajaya untuk cop membuktikan surat dari kedutaan adalah betul & sah (banyak kerja!!!)
4- Isi borang kebenaran berkahwin dari pejabat agama negeri, pergi masjid dalam kawasan kariah anda untuk pengesahan tempat tinggal. Jangan lupa membawa salinan bil untuk bukti.
5- Hadiri Kursus Kahwin (14 jam mandatori)
6- Collect Sijil Kursus Kahwin
7- Pergi Pejabat Imigresen Negeri untuk pas kebenaran berkahwin. Isi borang berkaitan + sediakan dua keping gambar pasangan & anda + salinan pasport pasangan asing termasuk endorsement page + kad pengenalan anda. 7 hari bekerja diperlukan untuk proses.
8- Pergi jalani ujian HIV Test. Pasa…
Salam. Aduh pening jugak ye prosedur nye. Tunang sy org kemboja, die menetap kat sini, contoh la kalau dah ada anak, anak2 dapat tak bantuan daripada kerajaan jika salah seorang dpd ibu bapa bukan warganegara sini?
When and how the proses of conversation to Islam,as in Malaysia the non muslim have to convert to muslim to be able to get married with a muslim man/woman. (I presume your husband not muslim as he is European). I am asking as my husband is Italian and we married in Italy but we are planning to get married once again here so he can get the visa to stay. Thank you for your info.
Alhamdulillah.. Really helps.
Thank you Sis,
Cuma yang saya perlukan maklumat di mana Kursus Perkahwinan yang menyediakan Bahasa Inggeris ATAU Interpretation kepada Bahasa Inggeris kerana, saya tidak dapat hadir bersama dan telahpun menghadiri Kursus Kahwin sebelum ini, serta kekangan masa kerja.
Mohon pencerahan sis.
Berapakah bayaran yg perlu dibayar kpd pihak imegresen utk tujuan pengurusan dokumen? Bakal suami dari dubai.
bf saya dari england.. perlu convert.so convert kena di malaysia atau negara asal?
Salam All
Saya adalah agency yang mempermudahkan segala urusan warga asing yg ingin berkahwin dgn warga tempatan.
Khidmat kami termasuk :
i) urusan mengenai PR dgn imigresen
ii) urusan dgn Kem Dalam Negeri
iii) Urusan dengan Jab Pendaftaran Negara
sila email sy webshariah@gmail.com or watsup sy 017-3461650
As salam,
Saya Syarifah Mazwin binti Syed Mohamed Salehhuddin berasal dari Negeri Perak. Saya ingin bertanya mengenai syarat2 untuk berkahwin dgn warganegara New Zealand. Saya seorang janda anak 5 org..bakal suami saya adalah serorg duda tiada anak. Saya ingin mndptkn khidmat nasihat dan aturan serta syarat2 sekiranya kami ingin berkahwin di Malaysia..Terima kasih atas kerjsama & khidmat nasihat
email :mazwinsyed@yahoo.com
Tel : 012-4442033
Sy ingin bertanya.... sy ingin berkahwin dengan seorang warganegara mynmar tetapi sy tidak berapa tahu tentang prosedur2 perkahwinan dgn warganegara asing memandangkan pasangan sy tersebut masuk ke malaysia melalui permit kerja... dan pasangan telah menetap di malaysia selama 4 tahun... apa yg harus sy lakukan jika sy ingin meneruskan jugak perkahwinan ini....
let share with me..a few question nk tnye..tq
Saya pun ingin berkahwin dengan myanmar boleh saya tahu proses ?
Salam.. sy nur afiqah roslan. Ingin berkahwin dgn warganegara myanmar yg tlh bekerja dlm 4 thn di sini. Masuk atas permit kerja dan baru buat passport 5 thn..apa langkah 2 yg perlu saya ambil utk berkahwin dgn die ye? Email affyiqa@gmail.com
Emma Musthafa,
Hi,,syarikat saya sedang mencari warganegara Myanmar yg mempunyai permit bekerja utk bekerja sebagai promoter..kalau berminat boleh hubungi saya di 01135367002
hi saya zarina bt abd aziz,urusan nikah saya dgn warga myanmar da selesai..perlukah daftar ke JPN?
assalam..hai nina.bole chit chat x?? ade a few question nk tnye berkenaan prosidur kwen wrga myanmar.
Hai nine..boleh x saya nak contact awak.. Saya nak tanya procedure berkhawin dgn warga phlipina..
Hi. Sy nk tnye mcm mna prosedur kawin awk? Psgn sy pon myanmar tp sy x tahu mcm mna nk kawin. Die dtg sni sbb kerja.
puan nina bole share prosedur berkahwin wrga myanmar..pasangan sy dtg malaysia dengan pas pekerja dan die nak convert muslim..ap prosedur
hi,
saya lelaki muslim dari malaysia dan pasangan saya dari indonesia dan dia non muslim, kami sudah berkenalan lebih dari 3 tahun dan kami merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan dan pasangan saya sedang mendalami islam..pertanyaan saya bagaimana proses untuk kami bernikah di malaysia dan juga indonesia? dan soalan kedua pula jika pasangan saya ingin menetap disini dan bekerja disini selepas perkahwinan kami bagaimana pula caranya? Dan pasangan saya bekerja sebagai doktor disana..adakah senang untuk dia mendapatkan PR disini?
terima kasih
Hallo, saya melania, saya orang indonesia non muslim, pasangan saya warfa negara malaysia muslim. Saya memiliki persoalan yang sama. So apakah anda sudah berhasil melangsungkan perkahwinan?
hi nama sya siti farida saya warga indonesia.. bleh kah saya tanya..cem mna cara2 yg mudah untuk bernikah gn org warga malaysia/selangor??
salam..
saya siti hafizah seorg warga singapura..pasangan saya asal dari sabah dan menetap di malaysia..apakah prosedur yg harus saya lakukan jika saya ingin bernikah di malaysia tetapi saya tetap menjadi warga singapura..
hay nama saya Yovi Oktaviani saya warga negara indonesia ,saya akan berkahwin dengan orang malaysia,,semua borang permohonan kahwin pasangan saya dari jabatan agama pon sudah siap,selepas saya berkawin nanti di indonesia dengan warga negara malaysia,,apa saja borang yg harus di persiapkan untuk untuk membuat visa ikut suami tinggal di malaysia thanks,,,,please contack my email oktavianiyovi@gmail.com urgent!!!!
Siksa nya nak kawen ngan warga negara jiran adoi hai pening ah nak kawen pon susah macam nie
Pening pening nak kawen pon susah mcm nie skli adoi hai xblh ke dilonggar kan sdkt prosdr nya agar semua mudah untk mnjalin kan hubungan yg halal
Sebab tu ramai org lbh suka berzina..d akhirat nanti bgtau la Allah.masa d dunia bnyk sgt prosuder nak kawen..
salam..nak tanya saya nak berkawin dengan warga indonesia.
untuk dapatkan kebenaran berkawin di jabatan imigresen saya perlu bawa surat akuan bujang dari kedutaan beserta chop dari wisma putra..
surat akuan bujang tu kedutaan akan bagi atau saya kena minta..?
Salam...saya shafina,bakal suami saya warga india,ape kah prosedur nye,bakal suami saya minggu ni pergi india,tapi bakal suami saya kata sebelum pergi ke india,bakal suami saya kata kena buat sporsor,saya tak faham ,sporsor tu buat di mane,
mcm mana nk dapat kn surat kebenaran berkahwin? mcm sy pasangan sy warga bangladesh
Dah ada orang Malaysia lagi nak kahwin foreginer pastu merungut prosedur susah... punca zina la apa laa
sy doakan 1day awak kawen ngan bangla..
Btul...klu dh jodoh nak wat cmner,tk kena pada diri sndri senang la ckap....sya stuju dgn mohamad saifudin
hahahahaaa. saudari dah kawin dengan orang malaysia kerrrrr
x salah jatuh cinta dengan warga asing..jgn takbur,esok awak sendiri jatuh cinta dengan warga asing cane?
Susah gak mcm ne...pasangan sy org spore..sy klu bleh xnk bcnta ngn wrga asing..tuhan dh ktemukan jdh utk sy ngn dia...mslhnye knpla bnyk sgt prosuder... nikah itu mudah..tp zaman skrg..manusia yg wt susah..nela itu la...doa smga Allah swt pmudahkan..huhuh amin
Bnyknye prosuder...pasangan sy warga spore.. sy xpkr bcnta ngn wrga asing..sgalanya tuhan dh tntukan..knpla manusia suka mrumitkn bnda yg senang..nikah itukn mudah..mcm nk minta sdkah plak nk kwin .. jmp org tula..minta kbnran la..tndatgn la..bla bla la...smga Allah swt pmudahkan bnda yg mrumitkn ini..huhuh amin
undg2 dunia cmni lah , zmn Rasullulah dulu kwin n dpt anak xpyh pun daftar jpn tpi berbin n berbinti kn jgk ayah . skrg lau dh susah kwin kne bzina la nk buktikn cinta n pastu anak 'kosong' , xsame dh islam skrg cm dulu2 .. hrp2 pihak berkenaan mcari resolusi terbaik utk mgendalikn kes bgini n dptla mgurangkn 'jenayah' manusia . Back to basic . Salam perpaduan ..
zaman rasulullah pun ada cara muammar tu mengendalikan..cara tetap berbeza2..apapun yg kerajaan buat adalah untuk memudahkan pengendalian kes2 perceraian ,kelahiran,bancian dan lain2.bahkan setiap negeri ada enakmen2 yg berbeza.tujuannya semua adalah untuk kebaikan.
Assalamualaikum, sy Siti Fatimah, org perak, nk bernikah dgn lelaki arab yg juga pelajar d malaysia.apa yg perlu sy buat dulu, pergi imgrsn or jabatan agama?
pecaya ngan Allah x ... kn jodoh dan ajal tu kt tngan Allah ... sapa mngata kitaorang sal nk kwen ngan warga asing sama gak cm dia lwn takdir Allah ... subhanallah ...
Need help to marry laos girl..
Laos embassy not providing good response as asking me to go ĺaos..
My gf got her her birth cert and single status and another doc.
I just need approval stamp from their embassy to get register.
Kindly assist
Hi bro,I m dunk ong from Malaysian my girlfriend also from loas. Can you please advise what document I need prepare before go to Laos.
Appreciated if you can help.
Thank you.
salam..apa first thing my partner Singapore Kene uat tuk memulakan prosses bernikah dgn warga Malaysia?TQ
salam , sy ingin berkahwin dgn negara isteri dari china , macam mana boleh dpt info
yg lanjut ?? TQ sila email : tomwhm_8812@yahoo.com
Sy nk tanya,apakah hak dan mcm mana nak buat tuntutan jikalau suami warga asing meninggalkan isterinya begitu shaja tanpa nafkah?apakah ada undang2 yg melindungi wanita tersebut?
Salam sis... mmg ada undang2 utk lindungi wanita t'anaiya... srlepas nikah kn suami kn kene lafas taklik.. lafas tu tcatat di blakang surat nikah... jd kalu suami tnggal isteri lebih dr tempoh yg dpersetujui tanpa nafkah zahir mahu pn batin... once bila isteri pg lapor maka jatuh talak... jd kalu suami pn da lama tinggl kn pn....pn kene g lapor kt pejabat agama... dan sy nk tnye... pn da pg bayalkan visa suami pn ke blom?
Utk pngatahuan pn sy pn alami masalah yg sama... suami sy warga Indonesia... esok sy nk pg batalkn visa. .. tp kita org blom bcerai lg cz blom cukup tempoh... dy tinggalkn sy da lebih 1bln...
Salam.. sy nak tanye macammana proses ugk kahwin dgn warga luar..sebagai contoh..saya warga malaysia n pasangan warga india tetapi bekerja di saudi.. adakah susah prosedur untuk berkahwin.
askom..hai sye wanie dh
kwin pon gn warga asing tpi msih jk sush skrng nk buka fail mcm-mcm borang nk isi.ramai yg tnye knpe kwin gn warga asing sya jwap tu jodoh bkn sye mtk tpi tuhan dh tentu kn tu jodoh sye. walau sejauh mane pon die brada klu dh jodoh msti jumpe.lgi pon bkn haram pun kawin gn warga asing ni.satu lgi yg sye thu dan nk kongsi banyak kes cerai trhdap psngn warga malaysia gn asing krna prosedur suami xblh keje jdi isteri kne kejr duit banyak nk pkai beribu-ribu punca jdi pergaduhan.tpi kte kne kuat sbb kte nk buat benda yg baik.kpde psangn lain klu nk nikah gn warga asing mtk tlog dkt org yg berpegalaman k.
Bukan soal jodoh..soal mmg pmpuan mlayu gedik ngn bangsa asing..kalau sama2 melayu ada saja alasan n syarat yg diletakkan..nk kerja bagus,pakai kereta bagus n hantaran lak tinggi melangit..tp kalau ngn bangsa asing..kerja cuci toilet pun xpa..siap tak payah bgi hantaran..siap pmpuan melayu sponsor lg..bila kena tipu baru pakat nk meroyan..padan muka..
siapa pun pasangan kita, tu bukan jaminan penentu kebahgiaan dan masadepan yg cerah..x yah nk kondem.
Saya ic merah.nak kawin ngan orang jawa.sama sama muslim.sama sama dduk kt kl.saya rasa rendah diri kerana saya ic merah.stateless.last2 skang ni saya putuskan niat tak jadi nikah ngan pasangan.frust memang ada.nak bunuh diri pun ada bab malu keluarga bakal pasangan sindir saya lahir malaysia tapi bukan warga malaysia.sekolah malaysia tapi tak dapat apa.nak jaga anak orang tapi diri sendiri terumbang ambing.tuhan,berat ujianmu padaku.aku punya nafsu,tapi aku takut tersasar di jalan kerana beban yang aku alas sejak aku lahir.dosa apakah hingga kau pikulkan beban ini pada aku.sekolahku gagal walau aku gred 1 spm tahun2000. Lantas kerjayaku juga gagal kerana itu.hingga sampai aku mahu penuhi tuntutan agamamu untuk bernikah pun sulit untuk ku tempuh hanya kerana status aku sebagai pelarian moro.lahir 1983 dlam malaysia.darjah 1 tahun 1990.tingkatan 1 tahun 1996. Tamat spm tahun 2000.masuk form six bawah tahun 2001.gagal lanjutkan stpm kerana rendah diri yang amat sangat bila mengenangk…
Org yang Selalu merasakan diri tak mampu dan tk mungkin berjaya Akan sentiasa gagal.apa yang kita mahukan kita kene usahakan.org hina, kita kena hati kental buktikan pada ibubapa pasangan kamu yg kamu mampu menjaga dan membahagiakan pasangan Kamu.orang Oku pun lebih berusaha dari Kamu.apa nice?kamu patut malu dgn org oku kerana kamu sempurna tp dia yang berjaya.
whatsapp saya 018-3776506 sebab adik perempuan saya nak kawen
Abg yg ic merah tu, sy ada kwn indon lahir kt sna tp time dia baby lg dia dh dok malaysia. Sek mcm biasa. Bijak orgnya. Sampai sepatutnya dpt masuk univ IPTA tp xdapat masuk sbb masalah ic n doc Mak ayah dia. Dia ni laki tp menangis sbb kwn smua dpt masuk univ. Result dia lg bagus dr kitorg. Last2 ayh dia p merayu kat pjbt Canselori univ yg dia pilih tunjuk segala result yg gempak bagaiiii trus dpt masuk u. Kat u tu pulak wowww dean list sokmo tiap sem. Skrg dh berjaya kje kt bank. Kete pon lawa. Bini cun giler mcm fasha sandha tp versi hijabis la.hehe So moral of story, jgn mudah menyerah bro. Allah suruh kita berusaha utk ubah nasib kita sndri. Ada dlm quran tu. Wake up!! Be strong man..
sya aver,akan berkahwin dgn warga indonesia.nak minta pengesahn di pejabat imegresen shahalam,akan dikenakan bayran ker dan berapa lama baru siap..terima kasih
Sy yuniati sy warga negara Indonesia sy keje kt. Malaysia 7 then skrg sy ada bf orang Sabah camne syarat nk kawin ye
halo nama saya tan kien chung warga malaysia orang cina dan saya nak kahwin dengan warga indonesia islam syarat2nya macam mana ??
kena sunat dulu la lou fan....hehe..
Assalamualaikkumm... Sy lin.. Sy ingin bertanya.... Sy merancang untuk menikah dengan warga asing Dari yemen.. Semua dokumen Sy sudah sediakan.. Cuma Sy ade masalah, yg status tunang Sy datang ke Malaysia sudah lama tamat tempoh.. Jd status dia di malaysia tak sah sekarang ini.. Jadi mcmaner or apa harus Sy buat untuk dapatkan surat kebenaran Dari imigresen utk berkahwin? Sy ingat nk suruh tunang Sy keluar dr malaysia utk 2 minggu Dan kembali semula ke malaysia.. Tp dalam mass yang sama.. Sy risau dia dia kena tahan sebelom dia sempat keluar Dari Malaysia oleh pihak imigresen... Atawpon dia sudah tidak masuk ke malaysia lagi kerana rekod dia duduk malaysia yg lepas melebihi tempoh yg ditetapkan... Sy dilema skrg ini... Plz help asap. Tq.
Assalamualaikum, hai lin..saya dila.. saya harap lin sudah pun selamat mendirikan rumah tangga dgn pilihan lin. Bolekah lin kongsikan bagaimana lin dan suami dpt berkahwin, apakah yg lin lakukan. Ini kerana masalah yg saya alami sama seperti lin alami. Harap dapat berkongsi..
memang banyak orang luar overstay dan bebas ke mana2 di sini. dah nak kahwin warganegara baru nak buat sesuatu. langkah awak bijak sebab nak pasangan tu clearkan overstay. sebab banyak kes pasangan kahwin tanpa clear overstay. masalah nanti di kemudian hari. kalau pasangan awak tu dari Yemen, adakah dia pemegang kad pelarian UNHCR? kalau ye, mudah. awak boleh berkahwin di sini menggunakan dokumen unhcr tu. pergi jabatan agama untuk tahu procedure. kalau bukan unhcr, pergi embassy yemen. bincang dengan staf embassy. pasti ada solution. nanti staf embassy akan uruskan di immigresen. maybe awak dan pasangan akan ikut sekali pegawai embassy tu ke immigresen. tapi proses mungkin lama lah, berbulan2. takpe sabar separuh dari iman. :).
kalau pasangan bukan dari Yemen, cuba bincang juga dengan embassy negara pasangan. jangan risau, takde kena tangkap punya. bukan immigresen ada kat sana. ikut pengalaman saya, memang kena pergi ke immigresen dengan pasangan. dan cakap nak clear overstay. dapatkan special pass nanti kat passport pasangan tu ada chop special pass dan perlu pulang semula ke negara asal. bayar full denda overstay tu, jangan bayar minimum contoh RM400 tu. full ikut berapa lama dah overstay. kalau 2-3 tahun atau lebih overstay, mahu2 denda tu dah RM2000 lebih maksimum. kat special pass tu ikut nasib, kena banned berapa tahun. ada maksimum 5 tahun, ada kurang. sebab awak belum berkahwin. kemungkinan kalau bayar denda overstay full, tempoh banned tu boleh dikurangkan kurang 5 tahun. doa banyak2. tapi jangan kahwin ikut jalan belakang. menyusahkan di kemudian hari. good luck.
sarah
saya wargannegara Malaysia .. suami sarah warganegara india ,, saya sudah kawin kawianan undang undang di Malaysia , saya nak suami saya buat kerja , kerana saya seorng sahaja kerja sekarang . kita nak kerja di area kl kepong dekat dekat sahaja .
Saya sedang menunggu keputusan mahkamah untuk dapatkan wali hakim kerana bapa saya tidak setuju saya berkahwin dengan bakal suami syaa seorang warga asing. Sudah dua kali perbicaraan,namun saya harap kali ketiga ini saya dapat kebenaran untuk dapat wali hakim dari mahkamah. Biasanya akan dapat kah wali hakim? Ini yang saya risaukan sekarang. Please help me with th procedures also.
Assalamualaikum. Saya ingin perkawin dgn keksaih saya yg sanght mencintai.tapi saya adalh warga asing mempuyi permit Pekerja AM atau general worker tetapi kami Dua2 keluaga pon setuju. Jadi saya brtanya bolehkah saya perkawin dgn kekasih saya yg warganegara.
saya tolong jawabkan. permit kerja tidak boleh berkahwin di sini malaysia. awak kena cancelkan dulu permit kerja tu, balik ke negara asal dan masuk sebagai pelancong guna visa on arrival/visa mohon di embassy malaysia di negara awak bergantung negara mana atau kalau tiada visa, masuk semula sebagai pemegang social visit pass. bila dan masuk baru boleh nikah di sini. pastikan siapkan semua dokumen siap sebelum u cancel permit. jimat masa.
saya bermastautin sementara (MYKAS) ingin berkahwin dgn org sebrang apakah sama prosedur nye dgn penduduk tetap
Cinta itu buta
Nama says reny...nak tanya?.kalo kita dah jamin visa husband kita..dia blh tak keja dkt sini
Assalamualaikum,,, z saya warga negara Indonesia yg in Sha Allah dengan izin_Nya bakal melangsungkan pernikahan poligami bersama calon suami saya yg mana sudahpun mendapat kebenaran istri pertama,,,pertanyaan saya kat sini memandangkan status saya ini adalah single mother adakah perlu untuk saya ambil kursu perkahwinan. Dulu disini untuk mendapatkan sijil PRA perkahwinan untuk butiran syarat syarat yg ditentukan,sekian terima kasih
Assalamualaikum.. Saya warga negara Indonesia bersyatus single mother yg in shaa Allah akan membuat permohonan untuk menikah dengan warga negara Malaysia yg beralamatkam di Selangor,memandangkan calom suami saya telah bernikah Dan akan berpoligami atas keizinan istri pertama,saya selalu warga asing adakah perlu saya lampirkan sijil PRA perkahwinan Dari pihak jabatan agam Islam Malaysia Dan adakah dibenarkan memakai wali hakim seandainya Abah saya xdapat menjadi wali saya karena keadaan beliau tidak xmemungkinkan untuk hadir tetapi beliau telahpun memberikan Surat perwakilan dengan bermaterai Dari temlat tingal saya Dan bersaksikan kepala kampung saya, mohon penersngan lebih lanjut langkah apa yg perlu saya tempuh selaps semua syarat complit kerana dijangkakan kami menikah plan hujung bulan February ini
As'salamualaikum, saya adalah mualaf warganegara Malaysia asal WP Labuan Sabah, Istri asal Warganegara Filipina juga telah memeluk agama islam kat Sabah suatu masa dulu. Dan kami telah bernikah secara sah di pejabat agama Selangor, Calon istri berwalikan hakim dan kena dera betulkan bacaan Alfatihah.kih3..,bagi pihak calon suami perlu ada kad pengenalan,kad memeluk islam,dan kursus perkawinan,bagi pihak calon Istri pula, Pasport 5tahun,kad memeluk Islam dan surat pengesahan daripada Imegresen malaysia, ini kerana Imegresen memainkan peranan penting memastikan bakal calon status istri sama ada bujang, bercerai atau belum bercerai dengan suami ( yang ni bahaya hehe) .So calon istri kena balik negara asal untuk turun naik pejabat Imegresen dan pejabat berkaitanlah untuk yg ni.dah nikah baru boleh buka fail istri kat Imegresen Malaysia dan membuat pembayaran visanya, tak mahal pun,tak tahulah bagi calon istri yang negara berlainan berapa bayarannya.sebelum saya tamatkan komen ni, jang…
Yatie, kalo istri warga asing boleh bekerja, tak tahu plak kes awak tu,sama gak kot sistemnye, sebab tempoh hari saya tanya kat pengawai Imegresen perlu surat pengesahan daripada bakal majikan istri.
assalamualaikum,sy Nurul Asma ,nk tanya kalau nak berkahwin dengan warganegara turki,tapi nak kahwin di turki bukan di malaysia.macam mne prosedurnye n dokumen apa yang diperlukan....?
saya tolong jawab eh. pegi saja ke jabatan agama tempat tinggal saudari. nanti staf akan bagi senarai yang perlu disediakan untuk bakal pengantin perempuan. perlu juga surat kebenaran wali, kalau wali tak pergi ke turki, walikan hakim. tapi wali kena sign borang tu. perlu juga nanti pergi kedutaan malaysia di ankara sana, bawa surat tu serta surat kesahihan bujang bakal pengantin perempuan. apa2 pun, pergi jabatan agama. nanti mereka akan bagitau.
Assalamualaikum, nama saya Ahmad Raj Bin Abdullah, warganegara malaysia, memeluk islam pada tahun 2008. Saya telah bertunang tetapi kini urusan nikah agak confuse sikit. Saya hanya pernah jumpa dgn tunang saya sewaktu bertunang... tunang saya dilahirkan di Patani Thailand, dan ibu bapanya asal org malaysia dan menetap di malaysia. Mohon guide saya...
Whatsapp 0182161088
Assalamualaikum.sy silvi saye warga negara indonesia.saye nak kawin ngan wrga ngara malaysiaa.
nak tnye.klu nak nikah kat malaysia surat2 ape je yg nak di urus.tp skrang saye msih dlam kontrak kje.
Sebenarnya procedure tu smue x ssh pn. Tp perlu mse utk kulu kilir. Dri pejabat agama dan emigration x de masalah... tp bg warganegara INDONESIA yg ssh tang "kedutaan". Nasib la jd warga indonesia. Ape2 urusan yg berkaitan dgn kedutaan indonesia pasti dipersulit.salah "1 huruf" pn mesti di tukar.almaklum... mmg nk suruh kte kuar duit berurusan dgn ejen. Dah x heran.sy berpengalaman aply "surat izin menikah" dri kedutaan. Smpai sudah x dpt... ulang alik cm org bodo.
*Nak tye la Kot2 ade org kedutaan yg bace coment ni... mmg cm tu ke cre korang wt kerja??... sbb setau sy kedutaan ni di bwt utk menolong rakyat yg di rantai, tp tgok hakikat mcm menyusahkn rakyat jew?? Cm x de faedah.
#Hakikatnya DUIT jugak yg jd jln
Nk kawen kne ade DUIT
tu syarat yg paling utama
😂😜😝
Assalamualaikum.. Saya Mmazlan dari Malaysia.. Lelaki Islam
Saya ingin berkahwin dgn wanita Warga Indonesia yg bekerja di Singapore.. Saya skg menetap di KL dan jangkaan perkahwinan di buat di Kuala Lumpur bulan 12.
Bagaimana prosedur yg wajib di ikuti bagi proses perkahwinan ini, untuk makluman bapa selaku wali bakal isteri sudah meninggal dunia.. Adakah saya boleh meneruskan pernikahan di Malaysia.
Jika rumit sangat lebih baik jalankan pernikahan di Indonesia tempat kelahirannya dan selepas itu baru daftarkan pernikahan di Malaysia
Mohon pandangan Tuan Puan atas persoalan ini..Terima kasih..
Assalamoalikum.im pakistani national married with malayu local girl in sabah lahad datu.we already got marriege certificate from agama islam.because i was using work permit when we got marriege so now we have to go immigration for jamin isteri.how much cost and time period for jamin and fine?with best wishes i will wait for ur reply.terima kasih
Betul kh, kalo paspot jaminan suami xboleh kerja? Knp yah?
Bole kerja.apply kat immigresen.
Boleh bekerja.hanya perlu bawa suami dan surat tawaran kerja untuk mendapatkan kebenaran bekerja dipejabat immigresen yg dimana anda buka fail perkahwinan anda.
Saya telah lama bekerja Dan me tap di luar negara. 6 tahun lepas saya telah berkahwin dgn warga Arab semasa menetap di luar negara tanpa meminta kebenaran negara Malaysia. Bagaimana cara untuk mendaftar perkahwinan di Malaysia, walaupun Kami tidak bercadang untuk menetap di Malaysia.
Boleh ke jpn jika bukan muslim dan ke mahkamah syariah jika islam...
Terbaik info ni. Tapi macam agak rumit juga nak sediakan satu2.
assalamualaikum .
nak tanya kalau ic merah boleh ke buat passport untuk ke luar negara ?
sy berstatus pemaustatin tetap dan ic warna merah .
sy dilahirkan di malaysia .
saya akan berkahwin nanti dengan bakal suami yang memang warganegara.
isunya boleh ke saya mohon untuk buat passport antarabangsa malaysia ?
sebab bakal suami bekerja di brunei .mohon bantuan .
Untuk pemegang ic merah atau penduduk tetap malaysia,tidak boleh memohon pasport antarabangsa malaysia.tetapi boleh mohon pasport negara asal pemegang ic merah dan perlu diendorse sebagai penduduk tetap malaysia sblum keluar negara.tq
Nak tanya masalah kawin warga asing ngan warga malaysia blh tanya langsung ngan saya .whattap sy 0182959627
Sya ada whasap. Tlg reply ya
Boleh kah seorang isteri nak cerai sama suaminya dan isterinya warga asing dan boleh tak dia tinggal di malaysia sampai kes cerai ini selesai padahal visanya uda mati...
Hemm..susahnya prusedu
Tak susah mana pun sebenarnya. Nak nikah di malaysia atau di tempat pasangan pun, yang penting pergi ke Jabatan Agama masing2.kalau duduk di Melaka, pergi Jabatan Agama Melaka. Walaupun nak kawin di luar negara sekalipun. sebab nanti jabatan agama juga akan keluarkan surat kebenaran bernikah kalau nak nikah di Malaysia. kalau nak kawin di luar pun, lastly kan nak daftar perkahwinan tu di sini juga. Staf jabatan agama akan bagi senarai yang perlu disediakan. cukup detail dah list tu.just ikut saja.
Hi, passangan saya adalah orang Nepal. Boleh tahu Surat bujang kalau buat di Embassy Nepal sini boleh?
Nak tahu tentang ni juga. Please someone help me. Sy frm Msia n pasangan Nepalese. 0174174538
halimah
salam sy nak bertanya,sy bakal berkahwin dengan warga asing,dia menggunakan permit pekerjaa disini.,
kami ingin bernikah di malaysia tp perlukah sy pergi ke negara dia utk urusan surat & dokumen?kalau cancel kan permit disini dan masuk semula kesini,ambil masa berapa lama utk masuk kesini semula?mohon pencerahan..
Hai..semua prosedur ini inshaallah sy akan cuba sediakan.. sy bakal berkahwin dengan warga india, telah bersunat dan akan memeluk islam di Malaysia dan akad akan dilangsungkan di Malaysia. Masalah sy ialah setelah sah bernikah, bakal suami sy mahu membawa sy ke negara beliau kerana dia bekerja di sana dan semua kelengkapan dan keperluan tempat tinggal telah disediakan. Tetapi sy mempunyai masalah dengan pihak bank kerana sy dapati nama sy telah disenarai hitam di jabatan imigresen dan tidak dibenarkan keluar negara. Adakah sy boleh membuat sebarang permohonan dan rayuan kerana suami sy adalah warganegara India dengan alasan sy mahu mengikut dan bersama suami sy di negara beliau.
Kepada sesiapa yg ada pengalaman seperti ini dan dpt menjawab kemusyiklan sy, sy ucapkan jutaan terima kasih.
Sue
mohon pencerahan
Saya nak berkahwin dengan rakyat filipina... dia non muslim.. ada permit kerja.. mcmne urusan nye
Pekerja tersebut mesti memohon majikan untuk memohon check out memo di imigresen terlebih dahulu.jika berkahwin dengan status pekerja akan dibatalkan permit dan dihantar pulang.
Salam..nama saya rosnani binti amzah ..Email naniahesjaya@gmail.com
saya nak berkawin dgn warganegara indonesia...Urusan di kedutaan telah selesai..yng tggl sekarang di imigresen..semalam saya ke jabatan imigresen di putrajaya untuk memohon kebenaran berkawin...pihan migresen minta surat akuan bujang pasangan saya dari pihak kedutaan indonesia...Persoalan di sini surat akuan bujang tu saya harus memohon dari kedutaan atau memang pihak kedutaan akan bagi...
Salam rosnani,sy ema..bleh share mcm mne prosedur kahwin dgn warga asing?
Surat akuan bujang mesti diperoleh dari kedutaan pemohon atau dari negara asal pemohon.
Enter your comment...salam...saya akmar...saya ada seorang kawan,dia nak berkahwin dgn warga indo,tapi pasport dia dah tamat tempoh...
Enter your comment...salam...saya akmar...saya ada seorang kawan,dia nak berkahwin dgn warga indo,tapi pasport dia dah tamat tempoh...
Perlu bayar denda di imigresen dan buat rayuan supaya tidak di blacklist.
Hye. Saya nak tahu. Saya rkyt Malaysia dan psgn pun mlaysia. Cuma isu sy pmgg permit Kerja d luar ngra, Korea. Mcm mna utk prosedur nikah d luar Malaysia. Apa yg sya prlu snaraikan Dan psgn sya pula.
Sya nak tnya sya dh mnikah ngn warga indonesia tpi sya kwin rumh dja. skrag sya nak urus surat nikah... mcem mn cranya...
Salam..mcm mn caranya kahwing dgn warga asing yg takda apa2..bole sisuami menjamin utk mndapatkn ic atau passport utk isteri
Hi, salam sejahtera. Nama saya; vivien philip
Saya belum berkahwin tp mempunyai teman lelaki dan dia pernah berkahwin dgn seorg warga singapura dlm usia agak muda pada thn 2000-2004. Suaminya adalah suami kedua yg kini teman lelaki saya adalah org malaysia. Menurut syarat di singapura, pasangan yg tdk serumah dlm tempoh 4thn, dikira berpisah/bercerai dan dlm tempoh 4thn tu, isteri mempunyai seorang anak hasil drpd perkahwinan sebelum ini & pernah mengandung 2kali semasa berkahwin dgn suami kedua, namun mengalami keguguran akibat dr mengambil ubat yg diberikan oleh keluarganya sendiri.. Asalnya, suaminya diterima oleh kluarga wanita setelah dipersetujui oleh org tua isterinya, namun setelah bapa mertuanya sakit, suami dianggap penyebab tidak membawa tuah.
Dalam tidak ketentuan arah, akhirnya isteri meninggalkan rumah pada 2004 dan sehingga kini tidak mendengar sebarang berita. Manakala, keluarga isteri tersebut membuat aduan dgn bantuan pihak guaman yg dilantik untuk meminta bayaran …
rasyid ismail-salam..saya berkenalan dengan sorg perempuan warga indonesia nie..skrg dia ada kat sini (malaysia)..dah setahun lebih dia stay sini..tapi guna passport pelancong la..kitorg ade perancangan utk bernikah..so macam mana yea? ape prosedur y saya kena hadap nanti?
Hai....saya mira..
Saya nak tau lebih lanjut proses untuk berkahwin dengan refugee syria..
Assalamualaikum. Saya warganegara Malaysia dan ingin bernikah dengan warga asing pakistan. Tetapi beliau pernah berkahwin di pakistan. Apakah dokumen yang diperlukan? Dan keizinan berpoligami perlu dimohon di Malaysia atau Pakistan?
Assalam tuan, saya akan berkahwin dengan seorang gadis dari Rusia, dia akan datang kesini dan akan menetap disini. Apa prosedur dan syarat untuk dia datang dan berkahwin disini, ibubapa beliau sudah mengizinkan dia untuk datang kesini dan berkahwin dengan saya. Harap tuan boleh memberikan maklumat yang saya perlukan, terima kasih ini no. saya jika tuan hendak bercakap dengan saya 0124969635 terima kasih
Salam tuan nama saya Azmeer Ismail, saya akan berkahwin dengan seorang gadis warga Rusia, dia akan datang ke Malaysia dan akan menetap disini dan bekerja disini. Ibubapanya telah merestui hubungan kami, apakah syarat dan prosedur untuk dia datang kesini dan berkahwin, saya minta pendapat tuan dan cara untuk melakukannya, ini no. phone saya jika tuan ingin bertanya pada saya 0124969635 terima kasih tuan.
Payah betul la nk kawin pn.nak bagi halal pn depa cakap tak boleh.daripada org dok berzina bagi mudah je la org nk halalkan
Maklumat perkahwinan dengan warga asing.banyak prosedurnya.
Sy nk tanye, klu gunakan permit kerja, klu dibatalkn permit itu dan mahu masuk msia using visit visa, brp lme cooling period? Ke xperlu? Sbb sy ingin berkahwin dgn pakistani.
Salam. .saye telah nikah dengan orng indonesia yg masih guna permit pekerja asing .sy dah daftar surat nikah di malaysia dan da ade ank 2 orng . cara dapat ic merah untuk isteri saya bg mn?
Hi saya atizah.
saya ingin bertanya bagaimana kalau ingin berkahwin dengan warga sabah tapi tak punya ic? bole ka dia buat pasport jalanan / pasport antarabngsa jika tak punya sijil lahir . sebab sijil lahir nya pernah diambil oleh pihak jpn 12tahun lalu. bila buat baru tmpat lain tak boleh sudah katanya.
Salam sya nak bertanya pasangan sya sudah kembali ke negara asal kerana permit dah tamat pada 6 ogos 2020 dan ingin menukarkan permit kerja pada permit pelancong kerana kami nak menikah tapi buat sekarang tak boleh masuk lagi keran airport belum dibuka boleh ka tunang sya memasuki malaysia dan apa prosedur unruk dia boleh memasuki malaysia jika airport dah dibuka boleh bagi nasihat apa yang perlu dia buat tq
Hai sy sma kes dngan anda. Mcm mna sudah keputusan ke hari ini ? Adakah tunang kamu dpt balik masuk ke malaysia?
sy ingin bertanya...bkl isteri asal nya berasal mlysia.. ttpi skrg dh tukar warga korea.. sbb ikut kluarga ibu nya menetap di korea.. soalan sy.. ape prosedur sy kne buat.. tuk kawen dgn bkl isteri sy itu..
assalam... hi sy khai... sy ingin bertanya.. bkl isteri sy asal nya.. lahir di lahir.. ic mlysia.. ttpi telah menukar warga korea sbb ikut ibunya menetap di korea.. soalan sy bgaimana prosedur untuk kawen dgn bkl isteri sy di korea..
Nama saya Wiliota saya telah bertunang dengan seorang warga Algeria dan dia kembali ke negara nya pada ogos 10 tahun lepas tujuan untuk menukar visa ke pelancong erana visa sebelum bekerja dan mengambil surat bujang sekali oleh kerana keadaan covdid 19 dia boleh masuk malaysia kembali sudah 7 bulan kami menunggu dan sangat menderita satu sama lain kerana kami menunggu sangat lama apa yang saya perlu buat boleh bagi saya jawapan
Assalam Wiliota, saya harap awak dah berkahwin dengan pasangan awak ketika ini. boleh saya tahu prosedur yang awak apply? sbb saya juga bakal berkahwin dengan warga Algeria. terima kasih.
Sebagai single mom pn perlu sijil nikah jugak ke?
Dalam masa pandemic ini, bagaimana caranya untuk menikah dengan bukan warganegara malaysia tanpa harus pulang ke indonesia, sebab sempadan sampai saat ini blm tau bila boleh buka, sementara plan menikah ni sudah pending terlalu lama. Adakah cara baru yg boleh di berikan untuk kami? Mohon pertolongannya dan kemurahannya. Terimakasih
Dalam masa pandemic ini, bagaimana caranya untuk menikah dengan bukan warganegara malaysia tanpa harus pulang ke indonesia, sebab sempadan sampai saat ini blm tau bila boleh buka, sementara plan menikah ni sudah pending terlalu lama. Adakah cara baru yg boleh di berikan untuk kami? Mohon pertolongannya dan kemurahannya. Terimakasih
Assalammualaikum. Saya nak Tanya apakah jenis yg documents yg di perlukan untuk berkahwin dengan warga asing Pakistan. Tetapi dia sudah mempunyi isteri di Pakistan dan surat berpoligami itu harus d sertakn atau tidak.. Minta tolong list kan documents yang harus di sertakn A-z. Terimah kasih
Salaum mualaikum..sya wrga indonesia.sya dh nikah kat tailaen dngan wrga negara malaisia.boleh kah sya dapat kan cra untuk bwat pengeshan kat pejabat ugama negara malaisia.dan cara2 nya untk dpat kan pengsahan kat malaisi..tq
Hi maaf boleh saya bertanya,saya ingin berkahwin,tapi pasangan saya ini orang Indonesia dan pernah berkahwin di malaysia,dan dia sudah bercerai dan sekarang dekat 3 tahun di sebabkan bekas suami nya tidak mahu urus kan surat cerai itu,dan sekarang pasangan saya dekat indonesia,sekarang saya ingin bertanya,ada cara lain ke untuk saya berkahwin dengan nya tanpa ada surat cerai nya dengan bekas suami nya dahulu,saya buntu tolong bagi cadangan
Assalamualaikim.
Saya seorang lelaki rakyat malaysia sudah berumahtangga ..
Sekarang saya ongin berkahwain dengan warga indonisia. Macam mana cara poligami dan proses perkahwainannya apa yg harus saya sediakan dahulu untuk perkahwinan ini sekian
Hi nama sy kalaiarasi Sy nàk tanya macamana pula prosedur jika Sy nàk kahwin dengan warganegara India di malaysia
Hi saya nak tanya, macam mana kalau pasangan saya permit kerja, dia perlu balik ke nepal dahulu dan tamat kan permit kerja ke ? selepas 6 bulan baru dia boleh masuk ke Malaysia melalui visit visa ya ? mcm tu ke prosedurnya ? boleh terangkan lebih lanjut ? terima kasih
Adek perempuan saya hendak menikah dengan laki laki warganegara Indonesia. Bakal suaminya selepas melengkapi segala syarat dan mendapatkan segala izin dari negara Indonesia dan yng terakhir datang ke Malaysia, semua dokumen dokumen disahkan oleh Kedutaan Indonesia Di Malaysia.
Apabila pergi ke pejabat kadhi setempat beliau diarah ke Wisma Putra utk pengesahan dokumen dokumen tersebut.
Pertanyaan saya apakah peraturan ini benar dan apakah ia peraturan baru kerana sebelomnya tdk ada peraturan seperti ini.