Top Ad 728x90

,

Pengambilan Guru KPLI dikurang

Jumlah pengambilan guru bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dikurangkan berikutan keputusan kerajaan membenarkan Institut Pendidikan Perguruan (IPG) mengeluarkan guru lepasan ijazah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata Parlimen sudah meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Akta 1996 dan satu daripada perkaranya adalah memberi peluang kepada IPG untuk mengeluarkan guru berkelulusan ijazah.

“Sebenarnya KPLI hanya program sementara kerana apabila IPG dibenarkan melahirkan guru lepasan ijazah, kita akan kurangkan pengambilan KPLI.

“Sekarang, IPG hanya mengeluarkan guru lepasan diploma dan sijil, namun semalam kita mendapat kelulusan untuk mengeluarkan guru lepasan ijazah. Kami menjangkakan menjelang 2011 institut itu akan mula mengeluarkan guru berijazah,” katanya.

Ditanya sama ada KPLI akan dimansuhkan berikutan kebenaran IPG untuk mengeluarkan guru lepasan ijazah, Alimuddin berkata: “Tidak, sebab keperluan guru masih banyak, kita tahu ada sekolah baru dibuka tahun demi tahun...ada guru bersara, jadi keperluan guru memang meningkat dari semasa ke semasa.

“Kita hanya mengurangkan (pengambilan) KPLI apabila IPG sendiri dapat mengeluarkan guru berijazah bukan memansuhkan program itu,” katanya lagi.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90