10 Prinsip Islam Hadhari

Perkataan hadhari yang bermaksud 'yang bertamadun' atau Islam yang menekankan aspek tamadun.

Istilah Hadharah pula bermaksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.

Berdasarkan 10 prisip Islam Hadhari

1.Keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
2.Kerajaan yang adill dan beramanah
3.Rakyat yang berjiwa merdeka.
4.Penguasaan ilmu pengetahuan.
5.Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6.Kehidupan berkualiti.
7.Pembelaan hak minoriti dan wanita
8.Keutuhan budaya dan moral.
9.Pemeliharaan alamsemula jadi.
10.Kekuatan pertahanan.

(sumber ; modul hubungan etnik , Shamsul Amri Baharuddin)

Jadi di mana kurangnya kerana jika berdasarkan kepada prinsip Islam Hadhari kerana prinsipnya agak seimbang dari segi dunia dan ukhrawi.
Jika perlu diperbetulkan , mangapa tidak diperbetulkan dari terus dihilangkan hanya kerana sentimen politik menguasai diri.?

Jika prinsip ini diikuti secara jujur , kelak akan nampaknya baiknya dari kerana prinsip ini tidak lansung memundurkan , dan menyanggahi fitrah sebagai manusia malah bersifat memajukan.

Mungkin ada yang akan bertanya , "apa kurangnya Islam yang kita sedang anuti "?

Islam itu tidak kurang , tetapi kekurangan itu datang dari penganutnya , yang enggan berfikir dengan akal yang sejahtera , Islam Hadhari cuma prinsip yang memacu , bukan tokok tambah di dalam ajaran.Jika ingin dibuang pun buanglah pada namanya , bukan pada prinsipnya , mungkin prinsipnya ada kekurangan di sini dan sana tetapi itu boleh dipertingkatkan.

Islam ada had dan ada hari cuma frasa yang direka oleh para pencemuhnya.

-nasrul , nacuwin@blogspot.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url