Harga makanan di Kemaman, Cherating mahal melampau

Saya adalah perantau yang bekerja di kawasan Kemaman dan Cherating sejak September lalu. Namun, apa yang mengecewakan, saya mendapati harga makanan yang dijual segelintir pengusaha restoran di sekitar Cherating dan Kemaman mahal berbanding harga makanan di Kuala Lumpur.

Sebelum ini saya pernah bekerja di Kuala Lumpur selama lima tahun.

Untuk makluman, sekiranya kita makan nasi putih bersama dua jenis sayur dengan hanya air suam, harga di Kuala Lumpur cuma RM4 tetapi di Cherating dan Kemaman, mencecah hingga RM6.

Saya pernah mengadu kepada Pengguna Kuala Terengganu tetapi dimaklumkan perlu menjadi ahli persatuan pengguna terdahulu sebelum boleh membuat aduan.

Kebanyakan restoran di Cherating dan Kemaman tidak mempunyai tanda harga makanan.

Dalam masa tiga hari di restoran sama, harga nasi goreng kampung boleh naik harga dari RM3.50 kepada RM4. Bukan saya tidak mampu membayar, tetapi sebagai pengguna, saya seolah-olah ditipu.

Sebagai perantau yang mencari rezeki di negeri itu, saya berasa sedih dan serik dengan perbuatan pengusaha restoran berkenaan.

Saya tidak pasti perasaan pelancong tempatan dan luar negara yang lain.

Jatuhlah imej negara dan Terengganu disebabkan segelintir pengusaha yang tamak ketika kerajaan berusaha mempromosi negeri itu sebagai destinasi pelancongan.

PERANTAU PASRAH,
Kemaman, Terengganu.
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Ayen Giggs
    Ayen Giggs Selasa, 21 Oktober 2008 pada 11:07:00 PG SGT

    Mmg x patut.X padan ngan tempat hargenye,klu bandar beso yelaa kan...

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 21 Oktober 2008 pada 11:17:00 PG SGT

    kat Kemaman memang... kawasan orang minyak! hehe

  • Aduka
    Aduka Ahad, 16 November 2008 pada 3:14:00 PTG SGT

    aku lahir n mbesar d kemaman.. dh mmg tbiasa la kan ngn hrga2 mknan kat sini.. org2 kt sini nk kata kaya xde la plak kan (sbb mmg kwsn mnyak pn).. kbykan org dr luar dtg sini sure n cnfirm mngeluh psl hrga2 mknan kt sini..mahal! dlu courth mammoth ade buka skrg dh tutup! kes? aku pn xtau.. org kemaman x bli brg pkai hutang..smua bli cash kot! =P

  • Abang Jonny
    Abang Jonny Selasa, 6 Disember 2011 pada 12:12:00 PTG SGT

    saya jgk perantau yang bekerja di kemaman. mula2nya rasa janggal jgk, tp alah bisa tegal biasa. lama2 dah biasa.maklumlah, kemaman ni kawasan Menteri Besar...jadi harga makanan pun besar2. jadi perhatian kepada perantau-perantau dari luar terengganu. kalau tuan-tuan on the way nak balik JB, Negeri sembilan, KL atau mana2 tempat yang akan lalu Kemaman,makan awal2 dari rumah. jangan singgah mana2 kedai makan di kemaman. bila dah kurang pelanggan...nescaya harga makanan pun kurang.

Add Comment
comment url