Kenapa Cinta Lelaki Ditolak?

Pernahkah cinta anda ditolak? Kenapa agaknya boleh jadi macam tu?

Mari kita dengarkan apa kata wanita-wanita yang berpengalaman dalam menolak cinta lelaki...

SUSAH SANGAT NAK KATA ?I LOVE YOU? DAN EGO


mereka ni mempunyai ego yang sangat tinggi. Tapi yelah kan, Lelaki ni memang egonya menggunung. So, jangan heran bila susah nak cakap ?I love you?. Kalau ada pun dia akan guna sms atau e-mail. Ketinggian ego juga menyebabkan mereka ni susah nak mengaku bersalah walaupun hakikatnya memang mereka salah.


Huh, tak romantik langsung


KATA SAYANG TAPI TAKDE PULA DIA TUNJUK YANG DIA BETUL-BETUL SAYANGKAN KITA.


Mereka kontrol macho. Kononnya jaga standard. Tapi sebenarnya mrereka takut orang kata dia jiwang karat. Jatuhlah standard sebagai lelaki yang gagah. Tak pasal-pasal kena pijak kepala pula. Ye tak?

Ah, atau dia akan tunjuk sayang dengan tangannya yang merayap kat pinggang.


Itu belum lagi yang kata sayangkan kita, tapi bila ada pompuan cantik lalu, mata tak berkedip.


NAK KATA SUKA, TAPI JARANG SEKALI DIA TELEFON TANYA KHABAR.

Tak yah kami terang banyak pasal lelaki dalam golongan ni. Dengar je lagu dari Elyana yang bertajuk ?missed call?. Mungkin mereka akan faham. Itupun kalau mereka fahamlah.

... ..Na na na na... Kau kata, kau rindukan suara dan tutur kataku... . na na na na na... . tapi setiap kali kau telefon aku, tak boleh lama kau kata, kredit mu sudah tak ada lagi... ... ... na na na na na... .

SUKA TUNJUK GAGAH

Golongan ni bagi tau yang mereka sanggup berkorban dan sanggup menjadi pelindung yang setia. Lautan api pun sanggup mereka renangi demi mendapatkan cinta kita.

Itu masa nak pikat je. Lpas tu, bila kita dikejar anjing, dia akan lari dulu

jangan-jangan kita yang kena selamatkan mereka


KEDEKUT


Mereka nak kita sayangkan dia, tapi sebiji gula-gula pun dia tak pernah hadiahkan pada kita. Walaupun di hari-hari istimewa seperti hari jadi. Dia kata, ?sayang, bukan I taknak beli tapi I nak kumpul duit untuk majlis kita nanti?.

Yang pelik tu, untuk pergi bercuti berdua, dia tak kisah keluar duit yang banyak.

Eh, dia ada bagi I hadiah minggu lepas itu pun selepas I paksa dia beli untuk I. Bukan apa untuk dijadikan sebagai kenangan sebelum I say ?bye bye?. Nak tau I minta dia beli apa, cincin yang harga RM5.80. itu pun dia fikir sampai 10 minit


TIDAK PEKA DAN ALFA


Bukan nak minta dia bagi hadiah di hari jadi kita atau sempena valentine day. Cukuplah setakat dia mengingati dan memberikan ucapan yang tak perlu dibeli kat kedai giant, 7eleven, klcc atau mana-mana kedai. Tapi itupun bagai menunggu buah yang takkan gugur.


Dia sibuk kut, tu yang terlupa nak ucap. Alah jangan risaulah, esok bila dia teringat, dia calllah kita untuk berkata ?sori sayang, semalam I outstation. Tempat tu takde coverage?


BERAT MULUT (PENDIAM SANGAT)


Lelaki dalam golongan ni, susah nak kata. Mungkin dia dah dilahirkan sebagai lelaki yang pendiam. Kalau kita keluar pun, dia akan bawa makan dan tgk wayang. Yelah suma tu membolehkan dia tak bercakap. Just kunyah dan tengok.

Kalau dia buka mulut pun dia akan bercerita tentang kereta, bola dan game. Huh, bosan.

atau pun kalau dia bercakap akan keluar belian. Penat pula kita nak kutip berlian kat lantai tu.



BUAT APA DIA SUKA TANPA MELIHAT KESESUAIANNYA PADA PERSEKITARAN.


Lelaki dalam golongan ni suka buat kejutan. Walaupun kita sukakan kejutan, tapi kadang-kala dia ni buat kejutan yang boleh buat jantung kita nak gugur.


cuba you bayangkan bagai mana agaknya kalau tiba-tiba dia umumkan di majlis makan malam keluarganya yang korang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi sedangkan pada waktu itu you belum terima dia sebagai kekasih dan sebenarnya you tengah fikir macam mana nak tolak cinta dia..


wow, tak ke haru jadinya...


TERLALU PANAS BARAN DAN �KAKI LUKU


Kadang kala lelaki ni cepat naik angin. Apa yang dia arah mesti kita kena ikut. Kalau salah sikit habislah kita kena sembur atau lebih haru lagi kalau tanpa segan silu dia luku kat kepala. Belum lagi jadi bini dah boleh luku kita. Kalau jadi bini dia agaknya dia tolak you terjun dari tinggat 10.


apa kata you kalau dia luku kepala you ketika korang sedang makan dengan bakal adik ipar, just because you terlewat 5 minit.


Alah, dia nak tunjuk kat orang lain yang dia boleh mengawal hubungan korang.


PERFECTIONIST

Dulu dia kata kat anda ?abang terima diri sayang seadanya?. Tapi sekarang semua nak perfect. Dah lah tu cerewet pulak tu. Semua nak macam dia kata. Kalau anda tak ikut, mulalah dia tunjuk muka merajuk dia tu.


Kalaulah pakwe yang nak takle I perangai macam ni.. I akan kata ?ko boleh blah?.


Atau cuba u all bagi tau dia mcm ni ?sayang mana ada benda yang sempurna dalam dunia ni?�Dan anggaplah u all bernasib baik kalau dia tak jawab ? u ni kan. Tu pun susah ke. I malu tau jalan sebelah u. Tengok pasangan orang lain sempurna dan seksi-seksi belaka. Tapi u... ?
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url