Krisis ekonomi lebih mencabar dari 1997

Krisis ekonomi yang dihadapi dunia hari ini sebenarnya jauh lebih mencabar berbanding apa yang berlaku pada 1997, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia ketika krisis ekonomi 1997 hanya mengalami penurunan nilai mata wang ringgit, manakala krisis yang menimpa dunia sekarang pula menyaksikan keruntuhan sistem kewangan, pasaran dan perdagangan antarabangsa.

"Tidak ada seorang pun yang dapat selesaikan masalah ini dengan sendirinya, Amerika Syarikat sendiri teragak-agak untuk mencari jalan penyelesaiannya.

"Mereka cuba selamatkan pasaran dengan menyuntik AS$700 bilion, tetapi pasaran menjunam juga. Selepas Barack Obama menang sebagai Presiden, pasaran menjunam lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, satu perbincangan perlu diadakan antara pakar-pakar ekonomi dunia untuk mengenal pasti masalah yang melanda sistem ekonomi sedia ada.

"Perbincangan ini perlu dijalankan oleh mereka yang berilmu, berpengalaman serta tidak berkepentingan," katanya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url