Perihal Wanita Dalam Islam
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah diadari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itusetiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknyayang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnyaseumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orangyang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanyaseperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripadaanak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulanramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akansuaminya, masuklah dia dari pintusyurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" JawabRasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang danpuasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akantertutup pintu-pintu neraka dan terbukapintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengantidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggalbersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tigasaudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudaraperempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka danmendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengansesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu diaberbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginyadaripada api
neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabimeletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.