Petua Mencegah Sakit Kepala

1) Tidur sambil berzikir membantu meredakan kebanyakan jenis sakit kepala. Tidurlah seketika di siang hari jika anda sakit kepala. Sebaiknya tidur sekejap sebelum masuk waktu zuhur kerana ia merupakan sunnah Nabi s.a.w. Tapi jangan tidur selepas Asar, ditakuti mewarisi ?kegilaan?.


2) Rehatkan otot-otot dan fikiran anda. Berhenti dari melakukan kerja atau berfikir tentang masalah.


3) Seringkali juga sakit kepala disebabkan oleh kelaparan, oleh itu jangan biarkan diri anda berlapar terlalu lama.


4) Jalan dengan cepat atau bersenam ringan dapat membawa oksigen ke otak, menurunkan rasa tertekan serta menyebabkan badan kita mengeluarkan endorphin, unsur penahan sakit semulajadi.


5) Mengurut boleh melegakan otot dan memperbaiki pengaliran darah dan mengurangkan rasa sakit kepala.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url