Top Ad 728x90

BN yakin dapat tembusi kubu Pas

Barisan Nasional (BN) yakin dapat menembusi kubu kuat Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan sambutan penduduk kepada usaha-usaha yang diadakan oleh BN selama ini.

''Gambaran awal yang dapat kita lihat sekarang ialah para penduduk di Wakaf Mempelam menunjukkan perubahan dan mula memihak kepada kita.

''Pada majlis ini pun kita dapat lihat kedatangan ramai penduduk dengan wajah-wajah ceria yang saya harap akan menunjukkan hasil yang sama pada pilihan raya kecil nanti,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Rakyat bersama penduduk DUN Wakaf Mempelam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharom.

Wan Ahmad Farid yakin akan dapat menambah sokongan penduduk DUN berkenaan dan pada masa yang sama mengurangkan undi kepada Pas, dengan kerjasama jentera BN.

''Antara strategi yang dijalankan ialah Pergerakan Wanita UMNO kini bergerak dari rumah ke rumah untuk membantu kita meraih undi dalam pilihan raya kecil nanti.

''Saya sendiri menjalankan pendekatan untuk mendekati pengundi-pengundi daripada golongan muda kerana mereka merupakan sebahagian besar daripada jumlah pengundi,'' ujarnya.

Sementara itu, Ahmad berkata, para penduduk DUN Wakaf Mempelam perlu memberikan sokongan kepada BN jika ingin melihat pelbagai pembangunan dijalankan di kawasan itu.

''Banyak pembangunan dapat kita salurkan kepada rakyat melalui peruntukan yang telah disediakan namun kalau kita kalah di kawasan ini, kita tak akan dapat melaksanakan pembangunan yang sewajarnya,'' katanya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90