Top Ad 728x90

Isma (Calon Bebas) guna dikir barat sebagai cara kempen

Peniaga getah sekerap dari Rantau Panjang, Kelantan yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan, Isma Airfath Hassanuddin mahu menjadikan hiburan sebagai cara beliau berkempen.

Isma Airfath, 38, berkata, dengan mengadakan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan konvoi bermotor menggantikan ceramah politik, ia dapat mengurangkan ketegangan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

''Tidak perlu berceramah... kita buat dikir barat, pertunjukan pentas untuk raih pengundi. Saya yakin minda pengundi di Kuala Terengganu dah cukup terbuka,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isma Airfath, yang tiba dari Rantau Panjang bersama konvoi kereta mini dan van antik Volkswagen di Taman Batu Buruk petang ini, percaya cara sedemikian dapat mengelakkan sebarang kejadian seperti rusuhan yang berlaku di Kuala Ibai pada pilihan raya umum lepas.

Katanya, selama ini kempen pilihan raya di negara ini sering berlaku dalam suasana tegang dan beliau berpendapat sudah sampai masanya keadaan itu ditukar dengan melakukan kempen secara santai.

- Bernama

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90