Pegawai Tadbir Terengganu tidak terlibat

Persatuan Pegawai- pegawai Tadbir Negeri (PPTN) menafikan terlibat memasang kain rentang serta sepanduk kerana tidak puas hati dengan rombakan baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Kamaru Al-Amin Ismail tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh segelintir mereka yang berkepentingan dan ingin 'menangguk di air keruh'.

Menurutnya, mereka mungkin menggunakan nama ahli dan persatuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat di kalangan pegawai tadbir terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

''Kami berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

''Kita menerima dan akur dengan segala keputusan yang dibuat serta menganggap pertukaran yang dilakukan adalah perkara biasa dalam setiap organisasi kerajaan dan swasta," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url