Panduan Temuduga Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
Di sini saya nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam Di Raja Malaysia sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam, Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.
Kini Kastam Di Raja Malaysia memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum ditemuduga oleh Pegawai Kastam. Sistem atau kaedah ini digunakan merupakan salah satu untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.
Fizikal yang ideal amat di perlukan tambahan pula kerjaya Kastam sering berhadapan dengan penyeludup dan penyangak. Kalau badan gemuk macam mana nak larat kejar penyeludup. Badan yang fit dan sihat tubuh badan amat penting dalam kerjaya ini.
Oleh itu marilah ikuti pengalaman saya dalam mengikuti temuduga ini.
Saya telah mengikuti temuduga ini di Kastam Diraja Malaysia di Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal. Pendek kata there are "friendly" Officer. Di sini saya sertakan:
PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
ARAHAN KEPADA CALON
1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii) Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan (Track Suit).
2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji
Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.
KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
1.Perkara-perkara yang diuji:-
a) Pemeriksaan Ukuran Badan
i) Ketinggian
Minima
Lelaki = 1.57 meter/157 cm ke atas
Perempuan = 1.53 meter / 153 cm ke atas
ii) Berat Badan
Minima
Lelaki = 48 kg
Perempuan = 46 kg
iii) Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)
iv) Ukuran Dada (biasa dan tarik nafas) (Calon wanita dikecualikan)
Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84
b) Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)
i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 (Tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap (contact lense)
ii) Pengecaman Warna.
c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
i) Jari,tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii) Berkawad
Okay sudah habis baca bahagian di atas, kini saya akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok, hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini. Saya akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.
1) Pada hari temuduga tersebut, Saya sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal. Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal. Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.
Ketinggian
Jika Ketinggian calon lelaki di bawah 1.57 meter or 157 cm dan 1.53 meter or 153 cm bagi perempuan. Terus terang saya katakan, baik calon tak payah pergi untuk menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke, 152.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon mempunyai tahap ketinggian ini, maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya mempunyai ketinggian adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas bagi lelaki dan begitu juga 153 cm atau 1.53 meter bagi perempuan. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.
Berat Badan
Berat minimum yang diperlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI, klik : http://www.halls.md/body-mass-index/av.htm
* Jika berat minimum lelaki yang ditetapkan kurang dari 48kg pun akan ditolak begitu juga berat minimum bagi perempuan.
BMI yang ditetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.
Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke, 26.12 ke, 26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini. Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26. Jika calon sudah tahu nilai BMI, saya sarankan tidak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman saya galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut. Tidak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada. Syabas saya ucapkan kerana anda pandai berdiet dan menjaga badan.
Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita dikecualikan. Hanya untuk lelaki sahaja. Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:
Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84
Jika calon lelaki mempunyai ukuran dada dalam berkeadaan biasa adalah 78.99 ke, 78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke, 84.90 ke tetap akan di tolak. Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 dalam berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas. Jika calon lulus bahagian ini calon akan di periksa pada bahagian penglihatan mata.
Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lekap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana sudah diketahui jika dah memakai cermin mata or contact lense mesti kes rabun punya. Ini Gerenti 200% reject. Jika calon mempunyai penglihatan mata yang normal dan menyebut huruf yang salah berkali-kali pun akan direject kerana di anggap calon mempunyai mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga. Buang masa saja. Begitu juga dengan pengencaman warna dijalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa. Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.
Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari, tangan,kaki cacat, bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok, tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak dibuat dengan betul calon akan ditolak juga.
Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH SAYA UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.
Di sini saya harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut. Kadang-kadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :
- Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
- Bagaimana membenteras penyeludupan? dan banyak lagi.
Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.
SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.
http://asfiyak.blogspot.com
macamane ye bentuk soalan yang akan ditanya?
kalau tangan bengkok kena tolak juga ke?kastam ketat cm pemeriksaan polis juga?
aku dgr dia tak buang terus lah kalau tak cukup syarat(kecuali untuk ketinggian... sebab dia guna sistem pemarkahan... kalau BMI tak cukup dia tolak markah..**tak tau betol ke tak**
lau tgn patah cm ner plak
pemakaian gigi palsu akibat kemalagan cm mana....
salam.....bile temuduga kastam 2011 dan di mna?
ada yg ckp 11 mei tp dimna tmuduga kastam??
rasanya bukan 11 mei..sbb result PAC pun lum kuar...n dah lepas pun 11 mei nya...ada email SPA last week...diorang inform yang KDRM baru ja submit result to SPA....SPA akan meeting n akan publish in website lam masa terdekat..within this week or next week....then withing 1 month...akan ada intibiut
for information, result CAC dh kluar..so boleh check kat spa website..alhamdllh..sy lulus..now nk tunggu panggilan utk intv... :)
sy ada dpt sms minta check berkenaan tarikh & tmpt temuduga d web SPA tp bila check d web SPA blum ada lg...huhuhu
dah terlepas la skrg nie.... tolong inform saya mcm na nak apply nie..please.... hantar kat email sye nie.. muiz1990@gmail.com
Muiz.... minta melalui www.spa.gov.my
kalau ada temuduga terbuka..sms saya
0132160802
saperi isa;tuan jikalau ada jawatan kosong atau temuduga terbuka...call atau sms saya 01119692997
dimane tempat temu duga 2012 nanti,adakah masih ada peluang...
salam..bile lg ye tmuduga terbuka kdrm tok 2012 ni..kalau ada shre2 la kan.. 0179035318..azwan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sy baru terima surat panggilan temuduga penolong penguasa kastam..tp tak menerima surat pemeriksaan fizikal dan pancaindera. harap-harap pengambilan kali ni tak ketat sangat.
saya pon baru terima surat panggilan temuduga penolong penguasa kastam,, kalo ade pemeriksaan fizikal, forsure da ade surat panggilan pemeriksaan fizikal macam jawatan penolong penguasa bomba,, nanti saya tannya dengan sedara terdekat yang kerja di JKDRM,, moga dapat kongsi ilmu pada rakan2 yg akan d interview
~goverment servant~
saya baru terima surat panggilan peperiksaan memasuki skim perkhidmatan penguasa kastam gred wk 1-1.
butir -butir peperiksaan adalah:-
-pengetahuan am
-daya menyelesaikan masalah
-esei bahasa melayu
-esei bahasa inggeris.
this is 1st time i received letter from kerajaan.so i really happy...please do share any tips about this peperiksaan..thank you.
Prema
saya bru dapat surat utk peperiksaan penguasa kastam WK1-1 tu actlly apa yer? sama tak dengan penolong penguasakastam? n cmne yer soklan dia??
sy dh dapat surat pggilan utk jawatan kastam, tp nk check kt website spa sbb surat smpai kt kg.. tp xde link dia..sesiapa tau link dia,boleh bgtau x?maseh
saya dpt panggilan temuduga penolong penguasa kastam WK 3-1..kene check sume ni gak ke?
as salam... kau dlu msa study amek course apa.....aku bru2 ni xlepas pnguasa kastam
aku pun dapat gak periksa kastam...aku punya pendapat...mesti lebih kurang sama dengan interview airforce officer(2minggu tempoh interview tentera,pastu interview depan pegawai tunggu sampai 1 pagi)...menyelesaikan masalah...kira2..matematik..logik..sumer masuk agaknya..kira segitiga dalam segitiga...kira segiempat dalam segiempat..berpinar mata...ujian fizikal..sama macam interview pdrm rasanya...tinggi...check mata...check body..bengkok ke tak..cuma xkena buka seluar je..if tentera memang wajib...pastu kena kawad..final.. kena interview depan pegawai..bukan sorang pegawai..tapi 5 pegawai memerhatikan ko..pastu siapsedialah untuk kena sergah ngan soalan2 killer...aku dah lalui semua itu..akhirnya keje ngan glc....la ni nak try lagi...mana tau leh masuk kerajaan..
saya pon baru je terima surat panggilan exam penguasa kastam..apa yang perlu dibaca?ada sesiap bleh tlong gtau?
Tinggi saya 151cm,mata rabun,perempuan..korg rse ptut g ke x ujian ni nnt..ada prbability dptke tak ye..ikut cik MOHD ASFIYAK @ EPI ni xyh je...
ermm...saya pun baru dapat surat exam untuk jwtn Penguasa Kastam. sape yang pnh pegi ek exam ni, nak gak tau soalan2 dia mcm mne je. actually klu ikut kata en.adha ni mmg dah lepas semua part kecuali RABUN. ye memang rabun...rugi plak tak try kan, mne tau tetiba de excuse!!!haha masih mengharapkan.
Salam. berkaitan penglihatan tu..dalam syarat lantikan tu xda pun mereka nak syarat tu..kompius
Apa yang dinyatakan di atas adalah syarat pemilihan, bukan syarat lantikan. Pegawai Kastam ini akan berhadapan dengan penyeludup dan penjenayah berbahaya sama seperti polis. Sebab itu calon mesti sihat dan mampu bertindak seperti polis.
Adui rabun xleh ker??xkan nak check mcm polis kot...
confirm ke yg ketinggian 1.56 tak dapat..yg lain saya ok tapi ketinggian ni.ememmem..mcam mana ya..nak pegi ke tak ni..
alwenture edwen tajin
Nasihat saya, pergilah dulu. Ia bergantung kepada pegawai pemilihan juga. Kalau saudara/ saudari sihat dan boleh menjalankan tugas dengan baik, akan dipertimbangkan. Lainlah kalau tidak sihat atau ada penyakit kronik, memang tidak digalakkan.
salam, sya pun dpt surat sit exam,tapi if ada ujian fizical confirm sya x lulus,exam @ sabah saya @ shah alam...huhu buntu...
betol ke x?
firstly sit exam dulu,then bile result da kuar on 9.3.12, bru lar kite dpnggil interview and wat ujian fizikal kn?
Bolehkah saya dpt surat permohonan lagi utk memohon kemasukkan skrng walaupun dah last minit?? Tolong jwb..
suzanis - w'salam. Terpulanglah kepada saudari. Kalau hendak cari pengalaman pun apa salahnya kan?
Kalau sudah daftar dengan SPA dengan jawatan Kastam, sepatutnya dapat panggilan ini.
Lepas exam, baru akan dipanggil ke ujian fizikal dan temuduga. Ini format baru.
Salam,sy pun dpt panggilan utk sit exm pguasa kastam this saturday...seriously if xckup ketinggian and berat akan d reject ms ujian fizikal nanti??sbbnye tggi sy cume 152cm and berat just 43kg..haha:D
w'salam. Memang kalau terlalu rendah dan kecil, susah untuk lepas sebab Pegawai Kastam sama macam Polis juga, terpaksa menguatkuasakan undang-undang dan berhadapan dengan penyeludup.
hmmmmm
bunyi cam susah la
fizikal kurang mantap sbb over weight tp saya nak pergi jgk la nak xpreince.kalau rezeki xdapt pn bersyukur la sbb skrg ni saya keje sbg cikgu teknikal.klau dapat double bonus sbb nak tukar keje
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
saya mohamad azman bin mohd kanlandar
saya berminat untuk bekerja di Penguatkuasa Kastam tuan/puan
sekiranya saya dapat bekerja di syrikat tuan dan puan saya akan bekarja bersungguh-sungguh dan bekarja lebih masa,saya juga seorang ahli gim,saya juga boleh memandu kederaan spt kerata dan van jika ada kekosongan sebarang jawatan dengan tahap kelayakkan SPM saya.Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian,0195067700 atau 0132946700 Jasa baik Tuan/Puan amat saya hargai.Terima kasih.an dengan menpunyai kelas memandu spt B2 DAN D,
Assalamuaalaikum..
nma sya rizroy bin mohd...dri sabah...sya berminat bekerja di Penguatkuasa Kastam...sya ingin btnya..bla ada temu duga kastam..??sya mpunyai kelayakan spm...Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian 0198315289...Jasa baik Tuan/Puan amat sya hargainya............sekian terima kasih..
SALAM SAYA MOHD RIDZUAN B. ABDRAHIM SAYA SANGAT BERMINAT DENGAN PEKERJA DI BAHAGIAN PENGUATKUASA KASTAM SAYA PERNAH MOHON TAPI TIADA JAWAPAN SAMPAI SEKARANG.JIKA TUAN/PUAN SUDI TERIMA SAYA. SAYA JANJI TIDAK KAN SIA-SIA PEKERJAAN YANG TUAN/PUAN BERIKAN KEPADA SAYA.JIKA ADA SEBARANG MAKLUMAT TEL SAYA 0149354814 ALAMAT KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR. .
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..
Ali Nizan bin Ramli
Saya ada terima surat tawara program penilaian individu pada 28 dan 29 April ini di Melaka.. Ada kengkawan lain yang dapat ker... boleh join skali ke sana?
apple hijau said :: salam..nk tanye ni..kalau x isi guna spa8 tu tp nk isi guna borang kastam blh x? tp kastam ada kuarkn borang ke?
Saya candidate 23/5/2012, tinggi 168cm berat 88kg menjadikan BMI saya 31.2... alhamdulillah saya telah lulusdan menunggu panggilan untuk temuduga Penguasa Kastam W41
Jangan jadikan kekurangan sebagai kelemahan tetapi buatlah sehabis baik, bukan fizikal semata2 yang dinilai, kemahiran berkomunikasi, personaliti, psikologi juga diambil kira :)
Doakan saya berjaya untuk temuduga akan datang... :)
dia ada larian x masa temuduga nie
saya dpt surat utk hadir temuduga pembantu penguasa kastam middle of oct ni.adakah sy perlu hadir utk ujian pemeriksaan fizikal??? Dan sy status berkahwin, adakah sy mempunyai peluang utk lantikan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya Nazatul Azuwa binti abdul razak
Saya berminat untuk bekerja dipenguatkuasa kastam
Sekiranya saya diterima bekerja dengan kelayakan SPM , saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan serius .. saya mohon sangat jika ada temuduga terbuka dimana-mana , tuan / puan sudi menghubungi saya ( 0126308541 ) ..
Terima kasih . Salam ;)
asalam.. sya nak tanya.. tahap umor mcmana plak??
Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 tahun 2013 agak bila ya?
salam en Adha, untuk pembantu penguasa kastam w17 saya tak dpt pn surat pemeriksaan fizikal. saya dpt surat panggilan temuduga je.
Diharapkan calon-calon kastam tahun ini lulus peperiksaan online kastam seterusnya lulus temuduga kastam :)
Saye akan menghadapi SPM pada tahun ini, tetapi saye amat berminat untuk menjadi pegawai kastam... so saye ingin bertanye apakah soalan yang akan diajukan oleh si penemuduga?
Salam.. Saya nak tanya dari segi kelayakan fizikal utk perempuan. Tangan dan lengan saya berparut sebab excident.. Tapi keadaan saya normal tanpa bengkok atau sakit apa2 lagi. Layakkan saya?
Salam..Alhamdulillah hari ni sy telah selamat mghadiri sesi temuduga pen penguasa kastam setelah lulus peperiksaan online.sesi temuduga bmula jam 8.45 pg.saya org yg ke-4.trdpt 2 org penemuduga.memandangkn saya sedang berkhidmat dlm kerajaan,bnyk soalan mengenai tugas saya sekarang.kemudian soalan apakah kita fhm tntg gst dan tugas2 kastam.itulah pengalamn yg saya ingin kongsikan.buat mereka yg akan mghadiri temuduga ini saya doakan semoga berjaya.insyaallah
Salam..sy juga baru selesai menghadiri temuduga pnguasa kastam w41..persediaan yg sy buat adalah lebih kepada gst, visi dan misi kastam, tugas2 kastam, dan bahagian serta fungsi kastam..sy juga ada meneliti kes rasuah terbaru melibatkan pegawai kastam.. semasa ditemuduga.. sy diminta mmperkenalkan diri dan memberi sbb mngapa memilih kastam menggunakan bahasa inggeris. kemudian diminta untuk menerangkn bagaimana subjek2 yg saya belajar di univerisiti dapat mmbntu dalam kastam..juga dalam bahasa inggeris. kemudian ditanya bahgian2 kastam serta fungsi nya secara ringkas..lega rasanya bila ditanya tentang isu penangkapan kastam dalam kes rasuah dan bagaimana nak mengatasi nya..dgn maklumat yg sy dah baca..agak membantu la..konfiden level agak tnggi mase tu..hehe..ada satu part ni,penemuduga tu pon terus tukar soalan bila sy buka isu pengambilan kroni2 ke dlm kastam atau lebih mudah faham..guna kabel..hehe..sy xdak nya kabel2 ni..rezeki tu dtg dr Allah SWT..jika Dia kata jadi maka jadilah.…
Mcm mne ye klau tinggi x ngam tpi bila check bmi 24 so diterima atau tolak