Penghujung Tahun 1429H

Sudah menjadi satu Sunnah Alam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T peredaran masa dan waktu.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan begitulah seterusnya sejak diciptakan alam ini.Biarpun pertukaran masa itu merupakan suatu perubahan kepada diri manusia bermula dari seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meningkat dewasa akan tetapi peredaran masa tersebut sedikit pun tidak memberikan kesan kepada Allah S.W.T yang telah menciptakan sekalian makhluk.

Menurut sejarah,tahun hijrah ditetapkan pada zaman Sayyidina Umar R.A. selepas mana berlaku kekeliruan tahun dalam surat menyurat rasmi kerajaan Islam pada ketika itu.Hasil daripada peristiwa tersebut Sayyidina Umar R.A. telah menetapkan tahun permulaan hijrah dalam Islam,ialah pada tahun penghijrahan Rasulullah S.A.W. ke kota Madinah.Biarpun tahun hijrah ini tidak digunakan sebagai ketetapan utama diseluruh bahkan di kebanyakan negara-negara Islam,tetapi ia tetap menjadi satu syiar yang dibanggakan oleh setiap muslim.

Sekarang kita telah berada di bulan Zulhijjah atau bulan terakhir bagi tahun 1429H.Pastinya banyak perkara yang telah lalui sepanjang tahun ini.Mungkin di sana telah banyak azam yang kita hajatkan telah ditunaikan oleh Allah S.W.T.Mudah-mudahan kita sentiasa mensyukuri nikmat yanmg telah dikurniakan.Seandainya masih terdapat tanggungjawab yang belum disempurnakan,sewajarnya ia dilangsaikan sebelum tahun 1429H melabuhkan tirainya.Tidak sayugia seseorang itu menangguh setiap kerja yang perlu dilaksanakan kepada ‘hari esok’ sedangkan ia dapat dilaksanakan pada ‘hari ini’.Sebagaimana pesanan baginda S.A.W :

“Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara : …masa lapangmu sebelum masa sibukmu “

Disamping itu,dengan pertukaran tahun juga menjadi muhasabah kepada kita untuk menginsafi nikmat usia yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.Berapa banyakkah nikmat usia yang telah dikecapi,digunakan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah?Sesungguhnya usia yang berbaki kepada kita akan berkurang setiap detik.Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik manusia melainkan mereka yang panjang usianya dan banyak amal kebajikannya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url