Bayaran balik pinjaman PTPTN serendah RM50
Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peminjam itu perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.
"Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49 peratus," katanya ketika ditemui semasa menghadiri taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan.
- Bernama