Gunung Al-Jees di Dubai bersalji

Satu kejadian aneh berlaku di negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini apabila sebuah gunung di negara padang pasir itu diliputi salji.

Menurut laporan agensi berita WAM, Gunung Al-Jees , setinggi 1,737 meter dari paras laut dan 25 kilometer ke utara bandar Ras Al-Khaimah itu diliputi salji setebal 20 sentimeter.

"Sebelum ini kejadian hujan salji di pergunungan tersebut pernah berlaku beberapa tahun lalu tetapi kali ini untuk pertama kalinya ia ditutupi sepenuhnya," kata laporan itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, suhu mencecah kepada tiga darjah Celsius di bawah paras beku kelmarin dan berada pada paras kosong darjah Celsius di bawah paras beku hari ini.

Ketua polis wilayah berkenaan, Said Al Yamahi memberitahu akhbar kawasan pergunungan tersebut turut diliputi salji seluas lima kilometer persegi.

Abu Dhabi dan Dubai juga dilaporkan mengalami hujan lebat sejak kelmarin hingga ke hari ini yang merupakan fenomena ganjil bagi sebuah negara padang pasir yang suhu musim panas boleh cecah 50 darjah Celsius.

- AFP
Next Post Previous Post
1 Comments
  • tajudin
    tajudin Isnin, 26 Januari 2009 pada 10:13:00 PTG SGT

    ada reminder tu...

Add Comment
comment url