Putera Harry berpisah dengan kekasih
BBC dan Press Association domestik Britain yang memetik sumber dari kerabat diraja yang enggan dikenali melaporkan, Harry, 24, berpisah dengan Davy iaitu lepasan siswazah jurusan undang-undang dari Universiti Leeds seminggu selepas mereka bercuti di Mauritius.
Bagaimanapun jurucakap keluarga diraja menolak untuk mengulas laporan berkenaan dan menyatakan perpisahan berkenaan adalah atas persetujuan kedua-dua pihak.
Punca perpisahan adalah tidak jelas, tetapi tabloid mingguan News of The World melaporkan ia adalah dari keputusan Davy.
Sebelum ini pasangan itu pernah dilaporkan berpisah dalam jangka masa pendek pada 2007 ekoran Harry tidak menghadiri majlis hari jadi Davy yang ke-22, kerana menonton perlawanan final ragbi di Paris.
Harry dilaporkan bertemu Davy yang lahir di Zimbabwe dan anak jutawan pengendali safari, Charles Davy menerusi seorang kenalan pada awal 2004.
Pada tahun 2005, Davy memasuki sebuah universiti di Capte Town, Afrika Selatan, sementara Harry menyertai akademi pegawai tentera elit di Sandhurst, yang merupakan permulaan hubungan percintaan jarak jauh mereka berdua.
- AFP