Gerhana Matahari Separa dari jam 4.30 petang - 7.00 malam


Rakyat Malaysia dapat menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang pada hari Isnin 26 Januari 2009.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari anulus berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.
Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan lebih kecil daripada matahari.
“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa,” kata kenyataan itu.”
Angkasa menjemput orang ramai menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program pencerapan gerhana matahari separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 malam pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem SOS Planet di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser The Legend of the Night Sky.
Sumber : www.angkasa.gov.my
oh info yang menarik. thanks for sharing. btw, saya dah add dalam "what's new" list :)
jadi saya tidak akan terlepas bila en adha update :)
bro, tadi saya ada sms kawan2 cina saya haha dorang cakap mengikut bacaan fengshui tak boleh tengok gerhana tu. sial sepanjang tahun... saya senyum je :D
mesti ramai yang beranggapan begitu
lagipun rabu ni, masuk bulan Safar
tapi dalam Islam, sial majal memang takde
ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan di tangan Tuhan
hanya kepada Dia kita berserah:)
Yes.. Kita nonton yok.. http://marketvaluer.blogspot.com/
salam ziarah kembali..
nanti saya add kan.. memang informative belog ni..
kalau boleh.. link kan saya sekali..
www.cabai-kering.blogspot.com
Salam..
baru tahu..besh2..;)