SPR & JPN lanjut waktu operasi untuk Kuala Terengganu

Tempoh operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilanjutkan sehingga ke sebelah malam sejak 21 Disember lepas untuk memudahkan pengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu menyemak maklumat mengenai daftar pemilih serta tempat mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu, Mohd. Noor Daud berkata, operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata, SPR menerima lebih 200 panggilan dari pengundi kawasan itu yang ingin menyemak status pendaftaran pemilih mereka sejak tempoh operasinya dilanjutkan.

Sementara itu, jurucakap JPN Terengganu pula berkata pihaknya melanjutkan operasi sehingga ke pukul 10 malam bagi memudahkan SPR membuat semakan terhadap daftar pemilih.

“Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang.

Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami ’standby’ bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya,” katanya.

- Bernama
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url