Jangan sempitkan fikiran kita!

Cuba jangan sempitkan fikiran kita. Sila kita lihat dan fikirkan kepada negara lain yang pernah dikenakan sekatan ekonominya juga negara yang pernah berperang diserang musuh. Cubalah bandingkan negara kita setakat ini yang masih di dalam keadaan aman jika dibandingkan dengan negara sesama sedara Islam lain.

Ada yang masih menderita kesan dizalimi. Apapun alasan, jikalau kita umat Islam tidak sanggup untuk berkorban sedikit untuk membina semangat perjuangan Islam global, agaknya bilakah umat Islam akan kembali mulia maruahnya? Akan kembali kemajuannya? Akan kembali berdikari?

Hari ini umat Islam lebih ramai yang menjadi pekerja kepada syarikat besar asing. Kalau umat Islam tidak cuba berusaha untuk bedikari untuk membina kekuatan ekonomi sendiri, maka selama-lamanyalah umat Islam akan terus menderita menjadi pekerja kepada syarikat asing yang melabur di negara kita.

Umat Islam akan terus menerus terikat tanpa boleh membuat keputusannya sendiri! Hatta memutuskan sumber 'periuk nasi'nya sendiri! Ingatlah pesanan Rasulullah Saw. juga berkaitan dengann nasib sesebuah negara, bagaimana peluang yang semestinya digunakan sebaik-baiknya! Kaya sebelum miskin, hidup (masih memerintah) sebelum mati(dijajah).

Cuba fikrkanlah bagi negara lain yang pernah dikenakan sekatan ekonominya, seperti Iran, Libya dll. Negara itu telah cuba berdikari, dan akhirnya berjaya. Malah semakin berani dan semakin ditakuti oleh negara musuh, kafir laknatullah. Negara Malaysia sebuah negara yang pemimpinnya manja-manja masih terlalu jauh daripada lulus ujian.

Jikalau ditakdirkan negara kita berkonfrontasi dgn negara luar, jangankan negara barat USA, bahkan kalau Singapura saja pun yg menyerang kita, mungkin tak sampai dua hari. Sudahlah syarikat-syarikat gergasi asing banyak bertimbun di dlm negara, malah sumber-sumber alam yang berpotensi dalam negara kita semakin hari semakin banyak terlepas ke tangan negara asing.

Daripada syarikat-syarikat besar yang berpotensi untuk memacu kemajuan hidup rakyat hinggalah ke wilayah-wilayah berpotensi semakin hari semakin banyak terlepas ke tangan warga asing. Sudahlah Tanah Rezab Melayu tidak dapat hendak dibela lagi bagaimana nasibnya. Lalu janganlah umat Melayu terus leka dibuai kemewahan dan keamanan yang sementara cuma ini.

Wahai umat Islam dan umat Melayu, bertindaklah sekarang dan pergunakanlah peluang sebaik-baiknya semasa masih ada upaya ini sejajar dengan peraturan hukum-hukum Allah SWT untuk meningkatkan segala-galanya baik dari peringkat individu, masyarakat sehinggalah ke peringkat kedaulatan negara.

Seharusnya umat Islamlah yang memastikan dirinya terkehadapan daripada umat-umat lain dalam menjadi perintis segala keilmuan dan kemajuan dunia demi kejayaan dunia dan akhirat kelak.

Bagi individu Islam, belajarlah daripada kesilapan, belajarlah berfikiran secara global kepentingan umat Islam yang lain. Daripada situ maka akan lahirlah umat Islam yang kuat jati dirinya untuk lebih kebal daripada ancaman dan ugutan musuh-musuh Islam.

Ingatlah, dunia ini bukan untuk diri kita seorang sahaja, bahkan untuk semua yang mahu memakmurkannya. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghentikan segala kezaliman, perbuatan dan kegiatan tangan-tangan manusia yang membawa kepada kehancuran di dunia ini.

Tak payahlah diulas isu remeh temeh seperti dosa memijak lantai kedai org lain atau menumpang buanghajat di McD/KFC dengan meminta/tidak izin tu.

Berfikirlah dalam ruang yang lebih luas, fikirkanlah kesan yang lebih besar kepada kehidupan ini. Sekiranya ada sila tunjukkan mana ada kesan yang lebih besar drpd kesan dan akibat pembunuhan yang bukan hak?

Umat Islam diseru untuk berjihad demi agamanya. Umat Islam diseru untuk menjadi umat yang berani dan bukan sebaliknya pengecut!.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url