MB Nizar kosongkan kediaman rasmi hari ini

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini dan beliau akan berpindah ke satu tempat yang berdekatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementara' di kediaman rasminya semalam.

Majlis perpisahan 'sementara' itu turut dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Perak dan KeADILan Negeri serta penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu sekitar 10.00 ke 11.00 pagi ini.

"Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini," Kata Nizar.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan dengan cara yang tidak bermoral oleh BN pada 6 Febuari lalu, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyar telah membuat keputusan untuk tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi bagi menghormati permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memohon rumah itu dikosongkan paling lewat pada 27 Februari ini, beliau akur dengan arahan tersebut.

Walau bagaimanapun tarikh sebenar kediaman itu akan diserahkan ialah pada 27 Februari ini.

Sementara itu Pegawai Khas Menteri Besar, Amran Harun memberitahu penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang yang mahu kediaman itu dikosongkan selewat lewatnya 27 Februari ini.

"Kediaman ini akan terus digunakan untuk pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman sehinggalah tarikh 29 Februari," katanya.

Menurutnya Menteri Besar akan berpindah ke lokasi baru di sekitar bandar raya Ipoh tetapi lokasinya dirahsiakan untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau,

Satu majlis khas akan diadakan pagi ini bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.

Pakatan Rakyat Perak pilih pendekatan perundangan, bukan kekerasan

Menteri Besar Perak, Dato' seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat nengeri ini berhubungan rampasan kuasa BN adalah menerusi perundangan bukannya melalui kekerasan dan melakukan kacau bilau seperti di negara yang pernah terjadinya 'rampasan kuasa'

"Kita tidak memilih mengadakan demontrasi jalanan atau melakukan kekerasan dengan melakukan huru hara apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan dengan cara yang tidak berakhak dan biadap dengan merampasan hak rakyat, tetapi kita memilih pendekatan undang undang, kerana itu kita failkan saman terhadap Datuk Zamry," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementaranya' di kediaman Menteri Besar di sini semalam.

Turut hadir di majlis itu Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim dan Mohd Zainudin Yusuf, Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, Ketua Pemuda Perak, Nur Azli Musa dan Ahli Jawatankuasa PKR Negeri, Ismail Yusuf.

Pendekatan perundangan yang dipilih oleh Pakatan Rakyat menerusi mahkamah agar kemelut politik di negeri dapat berakhir secepat mungkin, jelasnya.

"Biar mahkamah yang menentukan Menteri Besar mana yang sah dan Menteri Besar mana yang haram," katanya.

Beliau turut meminta ahli-ahli parti PAS, KeADILan dan DAP serta penyokong penyokongnya termasuk rakyat yang bersimpati dengannya agar menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya mengenai kemelut politik di negeri ini.

"Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email, telefon dan sebagainya, saudara wajib telefon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya," katanya.

Beliau menyeru semua pihak supaya memberikan sumbangan bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url