2.78 juta tak nyata penama KWSP
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata proses menamakan waris tidak sukar dan hanya mengambil masa singkat.
Berikutan itu, Samsudin menasihatkan pencarum yang belum menamakan waris masing-masing segera berbuat demikian bagi mengelak timbul sebarang masalah sekiranya mereka meninggal dunia.
"Sepatutnya, apabila mereka sudah mencarum dalam KWSP, mereka perlu mengetahui hak dan peranan mereka sebagai pencarum termasuk soal menamakan waris sebagai penerima atau pentadbir wang simpanan mereka.
"Kita akan menjalankan usaha bagi menerangkan perkara ini dengan lebih giat supaya setiap pencarum menunaikan tanggungjawab ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
- BERITA HARIAN
