Abdullah Md Zin dilantik penasihat agama PM
Beliau yang juga Ahli Parlimen Besut, menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.
Abdullah, 62, sebelum membabitkan diri dalam politik pada tahun 2004 adalah Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia(KUIM).
Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Dakwah dan Tasauf daripada University of Kent, England pada tahun 1990, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno.
Beliau juga adalah berkelulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin daripada Madinah University, Madinah, Arab Saudi dan Syariah daripada Al-Azhar University, Kaherah, Mesir.
- BERNAMA