Durian percuma Bukit Gantang

Setiap tahun, ribuan pengunjung menyerbu Bukit Gantang di Perak untuk menikmati lebih 25,000 durian percuma sempena program Jom Makan Durian Bukit Gantang.

Long Jaafar, tokoh Melayu yang membuka lombong bijih timah pertama di negeri itu sekitar 1840 menggunakan hasil galian itu untuk membangunkannya sehingga ia memiliki stesen kereta api menghubungkan pelabuhan Sungai Limau.

Long Jaafar juga mendirikan kubu pertahanan di pekan yang dijadikan sebagai pusat pentadbirannya.

Pengerusi Homestay Bukit Gantang, Robitah berkata Long Jaafar meninggalkan banyak memberi sumbangan kepada pembangunan Bukit Gantang.

"Apa yang ada kini, hanyalah tapak kota lama, bekas stesen kereta api dan pejabat penghulu, makam Long Jaafar dan ahli keluarganya yang menjadi bukti zaman kegemilangan Bukit Gantang," katanya.

Peserta siri kedua program anjuran majalah pelancongan Libur dan Tourism Malaysia berpeluang merasai masakan tradisional Perak bersama keluarga angkat mereka.

"Beberapa acara sukaneka seperti tarik upih, galah panjang, dan boling kelapa mengimbau sejarah permainan rakyat yang kian dilupakan," katanya.

Peserta teruja apabila berpeluang mengunjungi Ladang Bukit Gantang yang menempatkan dusun buah-buahan, taman herba dan kebun bunga di atas tapak seluas lapan hektar.

"Ladang ini turut menawarkan pelbagai pakej tambahan termasuk 'nature walk' mengikut denai bagi mengenal pohon, bunga dan menikmati bufet buah-buahan tempatan.

"Jika datang pada musim durian, pasti ada yang terlantar kekenyangan," katanya.

>Info

>Homestay ini antara lain menawarkan percutian desa dengan lawatan tempat bersejarah, aktiviti wedding di Bukit Berapit, melihat pembuatan asam gelugor, bedak sejuk dan kerepek, di samping menyaksikan persembahan budaya seperti silat dan majlis perkahwinan Melayu.

RUJUKAN PERCUTIAN

Pejabat Penyelaras Homestay Bukit Gantang
Tel: 013-4685267

Tourism Malaysia
Tel: 03-2615 8188
Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050
www.tourism.gov.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url