Jumaat, Mac 27, 2009

Ketika krisis kewangan dunia berlaku - George Soros kaut keuntungan


Seorang pengurus dana lindung nilai, George Soros yang meramalkan krisis kredit global merupakan antara ahli perniagaan yang mengaut keuntungan dalam krisis kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Soros menyatakan ramalannya berhubung kredit global itu menyebabkan dia mampu mengendalikan dana pelaburan miliknya, Quantun berdepan krisis kewangan.

Beberapa pelabur lain gagal untuk mengambil berat ramalannya dan keputusan Soros untuk keluar dari persaraan pada 2007 dan menguruskan dana menyebabkan dia memperoleh pendapatan AS$2.9 bilion (RM10.50 bilion).

Ketika krisis kewangan terus mencengkam dunia, Soros yang berumur 78 tahun masih mampu memperoleh AS$1.1 bilion (RM3.98 bilion) pada tahun lalu.

"Ia dalam satu arah, kemuncak dalam kehidupan kerja saya," katanya kepada akhbar The Australian.

Dia pernah dilabel penyangak mata wang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamd ketika krisis kewangan berlaku pada 1997-1998 di Asia.

Soros merupakan antara 25 pengurus dana lindung nilai di Wall Street yang berjaya mengharungi krisis kredit global.

Menurut majalah Institutional Investor's Alpha, pengurus-pengurus itu membuat keuntungan dengan melakukan dagangan melebihi risiko di pasaran.

Bekas profesor matematik, James H. Simons yang membuat keuntungan berbilion-bilion dalam dana lindung nilai Renaissance Technologies memperoleh AS$2.5 bilion (RM9.06 bilion).

Seorang pelabur, John A. Paulson yang memperoleh kekayaan dengan membuat spekulasi harga rumah berada di tempat kedua dengan pendapatan AS$2 bilion (RM7.25 bilion).

"Dalam satu tahun, ketika semua pelaburan kehilangan wang, kami adalah seperti oasis," kata Paulson.

Paulson menyatakan bayaran tinggi yang diperolehnya adalah kerana dia merupakan pelabur terbesar dalam dananya.

Menurutnya, dia juga tidak menerima bonus.

- AGENSI

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts