Top Ad 728x90

,

Misteri ikan Amerika Selatan di Britain


Seorang pelajar sekolah, Shawn Brown 14, terkejut selepas dia mendapat seekor ikan air tawar yang kebiasaannya ditemui di Amerika Selatan pada pukatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Brown memperoleh ikan itu di sebuah terusan di sini yang dipercayai mati kerana bergelut dengan cuaca sejuk.

Ikan itu dikenal pasti dengan nama saintifik, Hypostomus plecostomus dan kebiasaannya tinggal di Panama, Costa Rica dan Amerika Selatan.

Beberapa pakar berkata, ikan sepanjang 304.8 sentimeter itu ditemui buat pertama kali di Britain.

Setakat ini persoalan bagaimana ikan itu boleh berada di terusan Leicestershire masih menjadi misteri.

Ikan itu dipercayai mungkin haiwan peliharaan sebelum dilepaskan oleh pemiliknya.

Seorang saintis perikanan, Ian Wellby berkata, ikan itu hidup dalam air tawar dan tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk di Britain.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90