Spesies katak kecil ditemui
Seorang pakar forensik yang sedang berjoging dengan dua anak lelakinya terkejut apabila menemui ribuan ekor katak kecil di trek joging di Tasik Denai Alam, pagi semalam.
Dr Mohd Sukri Hassan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, beliau bersama dua anak lelakinya, Nazrul Syahmi, 13, dan Muhammad Arif, 12, apabila seorang daripada anaknya memberitahu terjumpa katak yang dianggar bersaiz 0.8 sentimeter.
"Pada awalnya jeritan anak mengatakan ada katak kecil, saya buat tak tahu saja, tetapi saya selepas diamati betul-betul ia memang katak yang amat kecil. Pada mulanya saya fikir lalat atau labah-labah," katanya.
Beliau berkata, pada mulanya beliau menyangka ia adalah labah-labah atau lalat.
Katanya, beliau dan anaknya kemudian mengutip beberapa ekor katak dan memasukkannya ke dalam botol untuk dibawa pulang.
"Saya melayari internet dan mendapati katak kecil pernah direkodkan ialah di hemisfera selatan iaitu katak emas sebesar 9.8 milimeter," katanya sambil mencadangkan supaya katak kecil itu dikaji pakar dalam bidang itu.
- BERITA HARIAN