Aksi Aril peluk tenaga pengajar wanita undang kontroversi


Pelajar 'favourite' Hairil Azam Pilus atau Aril, 24 atau Aril yang tersingkir pada konsert ketujuh konsert Akademi Fantasia ke-7 (AF) malam tadi mengundang beberapa kontroversi yang tidak dijangka.

Kontroversi yang lahir secara spontan dan tidak disedari itu berlaku apabila Aril dipeluk oleh setiap pengajar wanita dan disaksikan secara 'live' oleh semua di dewan dan di rumah.

Mungkin ianya satu aksi spontan yang lahir dari rasa sedih dan terkejut namun ia tetap dipandang tidak manis kerana perlakuan itu tidak wajar dilakukan secara publik.

Walaupun atas alasan hubungan sudah seperti sebuah keluarga, kewajaran aksi berpeluk itu tetapi dipersoalkan.

Maka cemuhan demi cemuhan dilahirkan terhadap perlakuan ini hinggakan mengaburi 'kesilapan' terdahulu Aril bermesra dengan Marsha.

Kemungkinan besar, apa yang dipaparkan di dalam Diari AF iaitu bibit-bibit kemesraan Aril dan Marsha, telah berjaya mempengaruhi peminat AF untuk tidak lagi memberi undi mereka kepada Aril. Ramai yang meluat dan tidak suka perkembangan terbaru ini.

Begitu juga kemesraan yang terjalin di antara seorang lagi pelajar bernama Akim dengan Marsha.

Namun Akim terselamat kerana kemesraan mereka tidak begitu 'menjolok mata' berbanding aksi Marsha menyapu ubat di halkum Aril, sambil disaksi oleh beberapa pelajar dan Cikgu Siti Hajar.

Tetapi mungkin juga 'sandiwara hebat' ini dirancang. Jika benar, pelan itu 'dirancang' oleh pihak produksi maka ianya boleh dianggap 'berjaya' - berjaya untuk mengujud dan membolehkan 'Afundi Masuk' dilakukan musim ini.

Dan tentu sekali, pelajar yang paling layak untuk mendapat 'talian hayat''Afundi Masuk' ini adalah Aril.

Lupakan saja niat untuk membawa masuk pelajar-pelajar lain seperti Zizi, Qhaud, Rubisa atau Sidi.

Sekadar dua, tiga minggu 'direhatkan' dari mengikuti pembelajaran di dalam akademi tidak akan meninggalkan kesan pada Aril yang ternyata jauh kehadapan dari rakan-rakannya yang lain.

Aril berada di satu situasi yang cukup selesa. Penyingkirannya membuat lebih ramai lagi memperkatakan tentang bakat besar yang dimilikkinya.

Ramai yang terkejut dengan penyingkiran Aril, tambahan personalitinya sudah mula diterima ramai. Sikap nakal dan lepas lakunya bukan dibuat-buat.

Itulah Aril yang sebenarnya. Mungkin ramai tidak senang dengan cara Aril berkomunikasi atau menunjuk kehebatannya membuat persembahan namun dia tetap menunjukkan peningkatan pembelajaran setiap minggu walaupun nampak seolah-olah dia paling selamba di dalam kelas.

Minggu ini, Aril telah memberi satu persembahan yang membanggakan dalam lagu 'Nakal', dari kumpulan Indonesia, Gigi.

Selain pujian yang diberikan oleh tenaga pengajar, tiga orang juri termasuk pengkritik Adlin Aman Ramlie yang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka memuji itu, memberi komen positif.

Bagi Adlin, pakej yang ada pada Aril sudah hampir sempurna dan ke arah menjadi ikon yang ingin dicipta oleh AF7 musim ini. Samada kita yakin atau tidak, undian SMS telah 'memusnahkan' impian Aril untuk ke peringkat akhir AF nanti.

Apapun, 'kejutan' yang berlaku di konsert ketujuh memang menjadi. Terpaku peminat Aril di dalam Dewan Sri Putra, di Bukit Jalil, tenaga pengajar dan juri juga turut tergamam, begitu juga enam pelajar lain dan pengacara AC Mizal.

Selain sedih dan menitiskan airmata, ada yang kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Prinsipal Datin Seri Tiara Jacquelina juga tersentak dengan penyingkiran Aril.

"Kita tidak tahu apa yang pengundi mahukan...," komen seorang tenaga pengajar.

Rasanya, pihak produksi tentu lebih arif tentang kehendak dan kemahuan pengundi SMS. Kontroversi yang tercipta sedikit sebanyak akan menaikkan rating konsert AF7 kerana ramai akan ternanti-nanti apa lagi yang akan berlaku.

Bagi mereka yang sudah masak dengan drama dan kejutan AF, penyingkiran Aril adalah satu titik tolak petanda 'drama' AF sudah bermula. Dan untuk memastikan yang pelajar-pelajar kesayangan lain akan terselamat, mesej yang ingin disampaikan ialah "Jangan berlengah lagi....hantarkan SMS anda!"

- MSTAR
Next Post Previous Post
9 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 26 April 2009 pada 12:28:00 PTG SGT

    Bila dah masuk dunia hiburan yang haram dihalalkan..bertambah2lah maksiat..siapa yang harus dipersalahkan???

    arianni..

  • ~ain
    ~ain Ahad, 26 April 2009 pada 12:30:00 PTG SGT

    bukan malam tadi je cikgu2 ni peluk student lelaki.. malam2 sebelum ni pun, kalau ada yang terkeluar diorang mesti berpeluk2 nye.. tak kira lah lelaki ke pompuan...

  • Zai
    Zai Ahad, 26 April 2009 pada 3:32:00 PTG SGT

    AF1 hngge AF6 pn same jer..
    peluk2 gak..tp xde lngkah2
    tuk cegah pn...
    apepn aril mmg hebat..
    dia ptut diafundi msuk blik..

  • SYAHIDA
    SYAHIDA Ahad, 26 April 2009 pada 4:08:00 PTG SGT

    ssh nk cri org yg ade aura dan tau nyanyi..
    bkn cm mawi, stakat ade aura je wtpe...
    aril mmg patut di afundi masuk..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 26 April 2009 pada 7:44:00 PTG SGT

    klo mau cegah..better xpayah anjur hiburan mcm af ni..halang ja dunia hiburan..tu pun mo kecoh..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 27 April 2009 pada 7:59:00 PG SGT

    tu la korang semua..dh terpengaruh dgn budaya barat..aku nak tanya sape yg agen yahudi sebenarnya?...sape yg mnghalalkan budaya yahudi di malaysia?...ulamak2 yg berserban dihalang untuk keluar buat teguran dalam tv..inilah jadinya...sudahlah kawan2 kita dah banyak kali kena tipu...aku cuma nak berpesan kat kawan2 semua sbb akan tiba suatu masa nanti bibir kita tidak bisa lagi menyebut nama ALLAH S.W.T...percayalah..so,marilah kita semua kembali kepada tujuan asal kehidupan kita.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 27 April 2009 pada 8:19:00 PG SGT

    sume ni da dirancang astro unt tinggikan rating sms....astro gak dpt untung...huhu...padahal kemunculan marsha xde kena mengena pown...org xsuka adala...R.A lain xde camtu pun

  • kak_ross
    kak_ross Isnin, 27 April 2009 pada 11:03:00 PTG SGT

    kat Malaysia ni, semua yang dilakukan ada je kontroversi..baik yang memang halal berpeluk pun kena komen..macam aksi Isma dan suami dia pun kena kritik,ini kan pula yang bukan muhrim...memang serba tak kena jer.

  • sydeen aka saidin
    sydeen aka saidin Selasa, 28 April 2009 pada 12:29:00 PTG SGT

    aku paling nyampah bila tengok pengajar tu pakai tudung & mengucapkan syukur kpd allah. buat apa bertudung bila dah masuk ke kancah maksiat. mengelirukan umat malaysia jer...

Add Comment
comment url