Top Ad 728x90

, ,

Perbincangan kerajaan perpaduan ditangguhkan - Hj Hadi Awang


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib).

"Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.

Berdasar kepada perkembangan masa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.

PAS Bukit Bintang merupakan kawasan pertama yang tidak mencalonkan Abdul Hadi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Sebaliknya, kawasan tersebut mencalonkan Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi jawatan tersebut.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik ditarik balik atas alasan ia tidak difahami orang ramai termasuk ahli PAS sendiri.

Minta BN bertanding

Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah oleh Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, yang menyatakan cadangan itu bertentangan dengan keputusan Muktamar Agung Pas di Ipoh tahun lalu.

Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusan yang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklah dibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Abdul Hadi mencabar BN supaya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penant.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu Isnin depan.

Abdul Hadi berkata, BN serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.

Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan
pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.

- MALAYSIAKINI

3 Comment:

  1. udah tahu.perpaduan letak tepi dulu demi utk pertahankan jawatan presiden PAS.itulah namanya haprak punya ulama PAS.senang kata ulama GILA KUASA.

    BalasPadam
  2. Belajarlah daripada Ikhwanul Muslimin Mesir masakini yang mempunyai kekuatan rohani dalam setiap anggota jamaah (masyarakat Islam).Mereka mengamalkan prinsip perjuangan Islam yang sebenar berteraskan keimanan,ibadah dan usrah yang berterusan.Mereka yang layak dan mempunyai kekuatan diizinkan bergerak dalam pertubuhan politik,ekonomi,keusahawanan dan kerja-kerja berteraskan khidmat masyarakat dan kebajikan.Untuk mencapai tahap itu,pendidikan Islam bermula di peringkat awal lagi menekankan kepada kefahaman dan amalan fardhu ain sehinggalah ke peringkat dewasa,tidak putus-putus dan istiqomah (berterusan) di pantau dalam aktiviti usrah.

    BalasPadam
  3. apa pun..biar tidak bersetuju dengan fahaman politik beliau..x wahar dia dicaci..hormat dia sebagai org yang punya ilmu...itu saya rasa

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90