Majoriti ADUN BN Terengganu mahu MB letak jawatan

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:

"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Tidak berganjak

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Seorang exco kerajaan negeri Terengganu yang dihubungi hari ini menjelaskan beliau tidak tahu ada exco yang tidak menyokong Ahmad.

Exco berkenaan, Yahaya Khatib Mohamad berkata, tugas exco ialah menyokong menteri besar melaksanakan tugas mereka.

“Kalau tidak sokong, tentu mereka tidak hadir sidang DUN,” katanya.

Kemelut terbaru itu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN minggu lalu setelah tiga daripada mereka menerima SMS berupa ugutan.

Bagaimanapun, mereka menyertai semula pada hari terakhir Rabu lalu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MB Terengganu batal lawatan ke luar negeri

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah membatalkan lawatannya ke Russia dan Ukraine yang dijadualkan bermula hari ini.

Tiada penjelasan rasmi diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik di Terengganu sekarang, demikian menurut NST online.

Berikutan itu, delegasi tersebut kini akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad sepatutnya mengetuai delegasi 16 anggota itu untuk mendapatkan tempat di beberapa universiti di Russia dan Ukraine bagi pelajaran tajaan kerajaan negeri dalam jurusan kedoktoran.

Beliau juga dijadualkan bertemu dengan pelajar Malaysia di kedua-kedua negara tersebut.

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
6 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 21 April 2009 pada 7:09:00 PTG SGT

    Mmg patut pun berhenti jadi MB. tgk isu Giant dekat mesra mall dah la. xboleh dibuka sebab duk kat kemasek, kene buka giant dekat kijal (sebelah umah die)jugak. kesian la dekat warga kemasek tu yg dah dpt peluang kerja dkt Giant, terus gigit bibir la. ape ke cetek betul pemikiran seorang MB. mmg patut pun ir rosli ADUN kemasek turut boikot untuk hadir sidang DUN. ni lah salah satu punca yg buat rakyat terengganu tertanya-tanya apakah sebenarnya yg MB ni nak.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 21 April 2009 pada 7:41:00 PTG SGT

    ekekeke

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 21 April 2009 pada 7:42:00 PTG SGT

    ermmmm.....elok ah tu gaduh sama sendiri umno sama umno..geng jahat sama jahat..motif utama adalah kuasa nak bolok projek2...mat said ke deris ke rosol ke sama je..umno tetap umno....

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 21 April 2009 pada 8:34:00 PTG SGT

    kah..kah..kah.. pakak makang ikang dalang pinggang lekak tulang mutoh tepi lokang.. penyamun sama penyangak berebut harta rompakan..keh..keh..keh

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 22 April 2009 pada 12:15:00 PG SGT

    sorg penyamung hok napok alim kucing ckit. sorg g pok gedebe samseng kapong kija hok nk gomo sokmo. molek doh tu. gomo la puah2 lpah ni.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 22 April 2009 pada 7:57:00 PTG SGT

    biar gomo gi..kera sama kera..hahahahaha...ngundi sekali lg abih ah puak2 nie....mintok2 gok bubar dun..sedap sikit rasanya..leh tengok ah lah..puak2 tu balah pulok....

Add Comment
comment url