Tun Mahathir kembali sertai UMNO


Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian untuk kembali semula ke pangkuan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Turut menyerah borang keahlian untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.

Borang tersebut diserahkan Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau belum pasti cawangan Umno yang akan disertainya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu tahun atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sementara itu, Najib berkata sesiapa sahaja boleh menyertai semula Umno untuk memperkukuhkan parti.

Bantu kempen

Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga akan membantu BN berkempen dalam kesemua tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batanga Ai.

Mengenai kabinet baru, Najib berkata, beliau memerlukan masa kerana ramai pekerja parti sibuk berkempen dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada ramai lagi tahanan ISA yang akan dibebaskan, Najib berkata, itu tidak boleh cakap.

Sementara itu, ketika menjawab soalan wartawan, Dr Mahathir berkata sepanjang beliau meninggalkan Umno, banyak kelemahan yang berlaku dan beliau tidak puashati

"Sepanjang saya tinggalkan Umno, banyak kelemahan yang berlaku dan saya tidak puashati, menyebabkan saya tinggalkan Umno

"Saya harap Najib akan menyatupadukan parti Umno dan orang Melayu," katanya.

Sanusi Junid

Ditanya sama ada Tan Sri Sanusi Junid juga akan masuk Umno, Dr Mahathir menjawab: "Saya akan minta Sanusi dan sesiapa yang telah keluar Umno di Kedah supaya masuk balik."

Wartawan juga bertanya semasa bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) juga kembali ke Umno dan sekali lagi kembali ke Umno, apabila Najib menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata, ia secara kebeltulan sahaja.

"Sepatutnya, Datuk Seri Najib menerima borang kemasukna anak saya, tetapi hari ini beliau terima borang saya juga...," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen dalam pilihanraya kecil sekarang, Dr Mahthir berkata, beliau akan cuba berkempen di mana sahaja.

Ditanya mengenai peluang BN kali ini, mantan presiden Umno itu berkata: "Saya tak pasti, tapi 50-50...,"

Ditanya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir bertanya balik: "Siapa Anwar? Orang yang nak jadi PM pada 16 September ke?"

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
6 Comments
  • slyderrose
    slyderrose Sabtu, 4 April 2009 pada 4:26:00 PTG SGT

    adakah ini bermakna berakhirnya ikutan islam hadari yg selama ini dipegang olih umno. ? mazhab apa pulak kali ini yg akan dibawa olih najib dan mahathir?

  • Unknown
    Unknown Sabtu, 4 April 2009 pada 5:00:00 PTG SGT

    Parti PKR mesti ada identiti.

    Parti PKR mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pesaing kuat dan menonjol kepada UMNO dan BN. Kalau dalam BN, parti UMNO menjadi tonggak kepada BN maka parti PKR boleh menjadi parti tonggak dalam PR.
    Malah dari segi beberapa sudut parti PKR mempunyai banyak kelebihan berbanding parti UMNO. Antaranya, parti PKR adalah parti yang membuka pintu keahliannya kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
    Sudah kelihatan, trend akan datang ini rakyat Negara kita tidak mahukan pemimpin-pemimpin Negara yang hanya melihat kepada permasalahan kaum mereka sahaja, sebaliknya mereka lebih senang kepada pemimpin yang melihat permasalahan rakyat Malaysia secara keseluruhan, bukan mengikut kaum.
    Tidak hairanlah kalau DS Najib dalam ucapan sulungnya sebagai PM telah menganjurkan idea satu Malaysia. Tetapi ini tentulah sukar untuk dilakukan kerana beliau sendiri pun berada dalam parti yang berasaskan perjuangan kaum.
    Oleh itu parti politik seperti parti PKR rasanya ada…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 4 April 2009 pada 5:10:00 PTG SGT

    Kemasukan Tun bererti KETUANAN MELAYU akan dijulang setinggi-tingginya oleh Umno. Apakah negara akan terus kukuh dengan politik ketuanan ini dan slogan ketuanan memberi manfaat kepada golongan elit atau masyarakat umum.
    APAKAH KETUANAN MELAYU AKAN SELAMATKAN BN?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 4 April 2009 pada 5:19:00 PTG SGT

    PROJECT KAD PENGENALAN M AKAN DIAKTIFKAN DI SABAH DAN SARAWAK?

  • KINAS
    KINAS Sabtu, 4 April 2009 pada 5:25:00 PTG SGT

    Apa itu anwar?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 4 April 2009 pada 5:57:00 PTG SGT

    Kalau TUN MAHATHIR masuk balik UMNO itu hak dia.Kerana aku sudah serik dah tak ingin subahat dengan UMNO,kemasukkan TUN kembali kedalam UMNO sedah di jangkakan.Tetapi aku punya pendirian peribadi walau apa pun aku tetap dengan PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS).

Add Comment
comment url