Laluan gua terbesar ditemui di Vietnam
Laluan gua itu adalah sepanjang 150 meter dan 200 meter tinggi.
Keluasan laluan di Gua Hang Son Doong itu diukur dengan menggunakan alat canggih LaserRace 300 manakala bacaan penuh akan dianalisis di Britain.
"Penemuan ini merupakan sesuatu yang menakjubkan dan ia adalah satu penemuan penting oleh kumpulan peneroka gua Britain," kata ketua ekspedisi, Adam Spillane.
Gua tersebut ditemui pada 1991 oleh seorang warga tempatan, Ho Khanh.
Namun ia tidak pernah dimasuki kerana gua itu mengeluarkan bunyi angin yang menggerunkan dan kocakan air bawah tanah.
Spillane yang mengetuai pasukan 13 anggota ekspedisi yang turut disertai wakil Universiti Sains Hanoi meneroka gua di Taman Negara Phong Nha-Ke Bang itu selama lima hari pada pertengahan bulan lalu.
Kumpulan itu berjalan kaki selama enam jam sebelum tiba di gua tersebut.
- AGENSI